Patutlah Sedap Bebenor Ayam Goreng Mamak Ni. Rupanya Ini Rahsia Resepinya.

Bila sebut mengenai ‘kedai mamak’ .. antara makanan yang terlintas dipikiran adalah ayam gorengnya. Bagi peminat masakan kedai mamak, ayam goreng mamak ni memang rangup di luar, dan juicy serta lembut di dalam menjadikan ia hidangan wajib. Tidak hairanlah walaupun harganya agak mahal namun kesedapannya membuatkan penggemarnya tidak kisah bayar lebih untuk menikmatinya.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Ramai yang mula berjimat, nak makan kat kedai mahal sekarang ni sebab harga ayam pon dah naik, elok kita buat kat rumah, lebih jimat dan lebih sedap. Lebih seronok makan bersama-sama ahli keluarga mahunpun kawan-kawan serumah.

Kepada penggemar ayam mamak, apa kata cuba resipi ayam goreng mamak yang bikin ketagih ni. Memang sedap dan rangup.

RESEPI AYAM GORENG MAMAK YANG BIKIN KETAGIH

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari

BAHAN UNTUK DIKISAR :

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

CARA-CARA :

LANGKAH 1 :
Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

LANGKAH 2 :
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak

Selamat mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Rencah Rasa

Related articles