Pasti Ramai Yang Tak Tahu, Ini Beza ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Produk Makanan & Minuman

Sebelum kita membeli sesuatu makanan PASTI semua orang pun perasan akan label tarikh luput pada sesuatu produk makanan atau minuman yang mencatatkan ‘Guna Sebelum’ (Use By) dan ‘Baik Sebelum'(Best Before) bukan?

LABEL TARIKH LUPUT TERSEBUT DIGUNAPAKAI UNTUK PRODUK-PRODUK YANG MUDAH ROSĀK SEPERTI MAKANAN, MINUMAN, UBATĀN, KOSMETIK, BAHAN LETUPĀN, TAYAR, BATERI DAN MACAM-MACAM LAGI.

Sebenarnya ada perbezaan pada kedua-dua jenis label tarikh luput itu. Pengguna tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya produk tersebut dilabel sebegitu.

JUSTERU, INI PENJELASAN LANJUT SEORANG AHLI KIMIA, DR FATIMAH SALIM BERKAITAN PERBEZAAN LABEL TERSEBUT DALAM INDUSTRI MAKANAN DAN MINUMAN.

TARIKH LUPUT: GUNA SEBELUM vs BAIK SEBELUM

Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best before) “Guna Sebelum” (Use by)?

Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan focus kepada makanan dan minuman sahaja.

Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Guna Sebelum” (Use by)

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah DIBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

Baik Sebelum (Best Before)

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan :

  • Rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…)
  • Warna (berubah dari yang asal),
  • Bau (tengit disebabkan oksidasi) dan
  • Rasa (tengit, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:

Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosāk.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Dr. Fatimah Salim via Sinar Plus, Rencah Rasa

Related articles