Panduan Cara Mengerjakan Solat Tahajud Malam Secara Lengkap | Solat dan ibadah pada waktu malam takkala orang lain sedang lena dibuai mimpi itu amat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta mempunyai pelbagai kelebihan.
Firman Allah SWT; “Pada malam hari, hendaklah engkau solat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Allah mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.” – Surah Al-Isra’ : Ayat 79
Nabi Muhammad SAW bersabda; “Hai sekalian manusia, sebar-luaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk syurga dengan selamat.” – HR Tirmidzi
Salah satu ibadah pada waktu tersebut ialah mengerjakan solat sunat Tahajjud.
Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar.
Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu. – JAKIM Ringkasnya 2 rakaat.
Fadhilat Solat Sunat Tahajjud : Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orangorang mukmin. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mah-syar.
Dimudahkan hi-sab ke atasnya. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama ki-lat yang menyam-bar. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan. Jauh daripada kebina-saan.
Cara Solat Sunat Tahajjud
Lafaz niat:
Maksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan: Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun
Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas
Selepas salam hendaklah membaca doa ini:
Doa Ringkas
“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami daripada seksaan api neraka.”
Doa Solat Sunat Tahajjud
Maksud Doa Solat Sunat Tahajjud
“Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan nera-ka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kia-mat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah do-sa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian,
Baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”
Sukar untuk bangkit pada waktu malam? Berikut beberapa saranan untuk memudahkan kita bangkit:
1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
2. Selalu menjauhkan diri daripada perbuatan mak-si*t.
3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4. Membaca doa dan ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur.
Ianya bergantung kepada kehendak dan keinginan seseorang, sekiranya dengan niat yang ikhlas, Insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Sumber : mediadakwah