Sup mamak antara hidangan yang biasanya wajin pekena setiap kali anda berkunjung ke kedai mamak.
Berbeza dengan sup biasa, sup mamak ada rasa dan aromanya yang tersendiri kerana ia lebih pekat dan lebih berempah.
Jika teringin anda boleh sahaja sediakan sendiri sup mamak ini dirumah. Tak perlu keluar ke kedai mamak untuk menikmatinya. Dapat makan bersama keluarga dirumah lebih seronok. Cicah pula dengan roti memang layan dibuatnya.
Mari ikuti resepi perkongisan oleh Emee Sham di bawah ini.
BACA JUGA : Resepi Sup Ikan Merah Yang Ringkas Dan Sedap, Ikan Tak Hancur Ikut Resepi Ini
RESEPI SUP MAMAK PADU
BAHAN-BAHAN :
- Ayam/kambing/daging lembu
- Rempah empat sekawan
- 5 biji bawang besar
- 8 ulas bawang putih
- Halia
- Cili api merah
- 4 peket kecil rempah sup (rempah serbuk kering)
- Setengah peket rempah kurma (serbuk)
- Sebiji tomato
- Garam
- Bawang goreng
- Hirisan daun sup
- Sebiji limau nipis
- Lobak merah (jika suka)
CARA MEMASAK :
1. Potong ayam kepada 4 bahagian. Terpulang pada masing-masing nak guna kambing atau daging lembu.
2. Rebus ayam bersama rempah empat sekawan.
3. Dalam masa yang sama, kisarkan 5 biji bawang besar, 8 ulas bawang putih, halia dan cili api merah. Ketepikan seketika.
4. Apabila rebusan ayam dan mendidih, baru masukkan bahan kisar tadi. Kacau rata dan biarkan mereneh.
5. Kemudian, masukkan 4 peket kecil rempah sup dan setengah peket rempah kurma. Kacau rata menggunakan api serhana.
6. Masukkan juga sebiji tomato yang dipotong dadu, biarkan mereneh lagi.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa.
8. Taburkan juga bawang goreng dan hirisan daun sup. Kacau rata.
9. Kemudian keluarkan ayam, toskan dan perah sebiji limau nipis.
10. Apabila kepekatan dah cantik, tutup api.
11. Potong kecil ayam, letakkan di dalam mangkuk dan tuangkan sup. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
12. Boleh masukkan lobak merah pada awal rebusan supaya lobak merah hancur dan pekatkan kuah. Kepekatan kuah juga datang dari bawang besar kisar serta rempah kering.
13. Sedap dicicah dengan roti. Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Emee Sham, MyResipi