NutriPot, Cara Mudah Untuk Bercucuk Tanam. Tak Perlu Siram Tapi Pokok Sayur Subur & Meriah Buah

Hobi menanam antara satu hobi yang sangat baik. Selain dapat menceriakan kawasan rumah ia juga dapat memberi kepuasan kepada seseorang. Misalnya menanam pokok sayur-sayuran. Menjadi satu kepuasan apa yang diusahakan dapat pulangannya. Selain jimat ia juga dapat menambahbaik emosi seseorang.

Jika anda seorang yang suka berkebun atau menanam namun ada kekangan masa untuk anda melakukan aktiviti ini, anda boleh menggunakan kaedah penanaman nutripot ini. Selain jimat ruang ia juga menjimatkan masa anda.

APA ITU KAEDAH NUTRI POT?

Ia adalah cara penanaman menggunakan air, sabut kelapa dan sumbu. Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah penjagaannya lebih mudah, tidak perlu kerap menyiram.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mudah Tanam Sayuran Berdaun, Tak Perlu Baja Tapi Tetap Tumbuh Subur & Segar

Gambar di bawah ini adalah perkongsian Umi Refah yang merupakan seorang yang meminati aktiviti berkebun. Beliau berkongsi gambar hasil tanaman terung yang ditanam olehnya menggunakan kaedah nutri pot. Beliau juga memaklumkan ini adalah percubaan kali pertama menanam terung jambak menggunakan kaedah nutri pot ini.

KAEDAH PENANAMAN NUTRI POT :

1. Sediakan set nutripot yang merangkumi pasu, baldi, baja dan sumbu.

2. Masukkan sumbu dari supaya bersambung dengan bekas air (bahagian bawah ke pasu.

3. Masukkan air baja ke dalam baldi. Guna Kaedah Nutripot Jika Nak Bercucuk Tanam Cara Mudah, Tak Perlu Siram

4. Kemudian masukkan sabut hancur dalam pasu (bahagian atas).

5. Tanam anak pokok/biji benih yang ingin ditanam.

Boleh juga letak pasu sendiri, seperti gambar di bawah.

INFO

Set nutripot ini juga boleh dibuat sendiri menggunakan botol minyak atau mineral terpakai yang dipotong dua. Letak sumbu, di bahagian corong (untuk bahagian atas) dan campuran air & baja AB di bahagian bekas air bawah (rujuk gambar di bawah).

KELEBIHAN LAIN NUTRI POT

  • Tak perlu selalu siram, air jimat.
  • Tidak berlecak akibat siraman baju atau air.
  • Akar dapat menyerap baja dengan lebih efektif.
  • Hasilnya pokok subur dan meriah buah.

Menurut Umi Refah ini adalah hasil tuaian kali ketiga menggunakan kaedah nutripot. Berbaloi kan.

Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Buat Sendiri Di Rumah, Umi Refah, Vanilla Kismis

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles