Niat Menyambut Dan Beramal Di Bulan Ramadhan

Niat Ramadhan oleh Al Habib Abu Bakar Al Adani Al Masyhur

نِيَّة رَمَضَان لِلْحَبِيب أَبِي بَكْر الْعَدنِيّ الْمَشْهُور

(Di baca dengan lafaz نَوَيْنَا -Nawayna- sekiranya baca bersama, dan sekiranya baca sendiri dengan lafaz نَوَيْتُ -Nawaitu.)

*** Boleh niat dalam bahasa Melayu. 

نَوَيْنَا مَا نَوَاهُ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم وَالسَّلَفُ الصَّالِح مِن آل الْبَيْت الْكِرَام وَالصَّحَابَة الْأَعْلَام .
Kami berniat apa yang diniatkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم dan salafussoleh daripada kaum keluarga Rasulullah صلى الله عليه وسلم serta para sahabat baginda yang mulia.

***

وَنَوَيْنَا الْقِيَام بِحَقِّ الصِّيَام عَلَى الْوَجْهِ الَّذِي يُرْضِي الْمَلِكُ الْعَلَّام.
Kami berniat melaksanakan hak-hak puasa yang membuatkan Allah سبحانه و تعالى meredhainya.

***

وَنَوَيْنَا الْمُحَافَظَة عَلَى الْقِيَام وَحِفْظِ الْجَوَارِحِ عَنِ الْمَعَاصِي وَالْآثَام
Kami berniat untuk bangun malam dan menjaga anggota badan dari maksīat serta dosā.

***

وَنَوَيْنَا تِلَاوَة الْقُرْآن وَكَثْرَة الذِّكْرِ وَالصَّلَاة وَالسَّلَام عَلَى سَيِّد الْأَنَام
Kami berniat untuk membaca Al Quran, memperbanyakkan zikir dan berselawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

***

وَنَوَيْنَا تَجَنُّبَ الْغِيبَةِ وَالنَّمِيمَة وَالْكذِبِ وَأَسْبَابِ الْحَرَام.
Kami berniat untuk menjauhi umpātan, mengadū dombā, berdūsta dan penyebab berlakunya perkara harām.

***

وَنَوَيْنَا كَثْرَةَ الصَّدَقَاتِ وَمُوَاسَاةَ الْأَرَامِل وَالْفُقَرَاء وَالْأَيْتَام
Kami berniat untuk memperbanyakkan sedekah, membantu ibu-ibu tunggal, fakīr miskīn dan anak-anak yatīm.

***

وَنَوَيْنَا كَمَالَ اﻻِلْتِزَام بِآدَابِ الْإِسْلَامِ وَالصَّلَاة فِي جَمَاعَةٍ فِي أَوْقَاتِهَا بِانتِظَام
Kami berniat untuk melazimi adab-adab Islam dan solat berjemaah pada waktunya dengan terancang.

***

وَنَوَيْنَا كُلَّ نِيَّةٍ صَالِحَةٍ نَوَاهَا عِبَادُ اللهِ الصَّالِحِينَ فِي الْعَشرِ الْأَوَائِلِ وَالْأَواسِطِ وَالْأَوَاخِرِ وَلَيْلَةِ الْقَدِرِ فِي سَائِرِ اللَيَالِي وَالْأَيَّام
Kami berniat semua niat yang baik dilakukan oleh hambā-hambā Allah سبحانه و تعالى yang soleh untuk 10 malam pertama, 10 malam tengah dan 10 malam terakhir serta Lailatul Qadar pada setiap hari dan malam.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدنَا مُحَمَّد وعَلَى آلِهِ وصَحْبِهِ وَسَلَّمَ بِسرِّ الْفَاتِحَة

Allah سبحانه و تعالى menyampaikan rahmat dan kesejahteraan ke atas pemimpin kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم , kaum keluarga dan para sahabatnya dengan keberkatan Al Fatihah.

Selamat menyambut bulan Ramadhan 1443H dan selamat beribadah bagi Ahbabi wa Ashabi, mohon maaf lahir dan batin atas khilaf dan kesilapan yang berbentuk ucapan, tulisan dan tindakan selama ini.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles