Nasihat Ustaz Wadi Anuar Untuk Kita.. Antara Cara Untuk Buang Sifat Dengki Dan Hasad

Perasaan hasād dengkī merupakan satu sifat yang terlarāng dalam Islam, dan Allah سبحانه و تعالى‎  mengarahkan agar kita meminta perlindungan dari Allah سبحانه و تعالى‎  dari kejahatān sifat dengkī. Firman Allah ‘Azza wa Jalla:

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: Dan dari kejahātan  orang yang dengkī apabila ia melakukan dengkīnya. (Surah al-Falaq : 5)

ADVERTISEMENT

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  :

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

Maksudnya: Hendaklah kalian menjauhi sifat hasād dengkī, kerana ia menghāpuskān kebaikan, sepertimana apī menghānguskan kayu. (Sunan Abi Dawud : 4903)

Nasihat Ustaz Wadi Anuar Untuk Kita..

Bila ada hasād dengkī dalam diri segera buāng.. Tiap-tiap hari buāng.

ADVERTISEMENT

Antara cara untuk buang sīfat dengkī dan hasād ini ialah kata para ulama’ kena bagitahu kat nafsū kita bahawasanya kelebihan kat orang lain itu adalah atas urusan dan arahan Allah سبحانه و تعالى‎ ..

Tuhan yang tetapkan bukan sebab dia cerdik dia meniaga dia kaya bukan sebab bini dia cantik segak bukan sebab anak-anak dia lawa cerdik.. tetapi disebabkan Allah سبحانه و تعالى‎  yang bagi.

ADVERTISEMENT

Bila kita selalu bagitahu nafsū dan diri kita maka kita takkan dengkī dan dēndām dengan orang lain.
Insha Allah ini ulama’ yang ajar.

Bila hasād ni tinggi dalam diri dia takkan tengok dah walaupun itu adalah adik-beradik dia ataupun siapa yang dia kenal. Percayalah bila dia dēndām dan hasād ni dia boleh buat apa sahaja yang dia boleh buat walaupun guru dia sendiri pun yang bimbing dia pada jalan Allah سبحانه و تعالى‎ ..

Bahaya hasād dan dēndām ni.

Al Fadhil Ustaz Wadi Anuar

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles