KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan personaliti yang cukup berjiwa rakyat dan sangat disayangi rakyat jelata.
Ditambah pula dengan keceriaan serta kebaikan yang tidak kekok atau menjaga ‘status diraja’ ketika menyantuni rakyat menjadikan baginda sangat dekat dihati rakyat.
Selain itu, Baginda banyak berkongsi gambar serta video masakan dan juga resipi di laman Instagram sekaligus menarik perhatian para pengikut baginda di laman media sosial tersebut.
Antara resipi yang cukup viral adalah Nasi Goreng Tuanku Permaisuri Agong ini.
Terima kasih Nora Shimah atas perkongsian resipi.
BAHAN-BAHAN:
- SCS Mentega
- Cili besar – tumbuk dengan garam kasar
- Telur
- Sosej – potong dadu
- Daun bawang
- Serbuk lada hitam
- Nasi Putih
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan cili besar yang ditumbuk tadi.
2. Kemudian masukkan telur dan kacau perlahan jangan sehingga pecah. Biarkan berketul besar.
3. Selepas itu masukkan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu.
4. Masukkan daun bawang yang dipotong halus.
5. Perasakan dengan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Selepas sebati, masukkan nasi dan gaul.
Selamat mencuba!
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysiaku
Sumber/Foto : Nora Shima