Istighfar mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya dengan istighfar dapat memudahkan rezeki, antaranya juga ia mempermudahkan urusan dan kehidupan seharian kita. Istighfar juga dapat menjaga kekuatan jiwa kepada pengamalnya dan Allāh سبحان و تعالىٰ membuka banyak pintu (penyelesaian) dengan istighfar.
Lafaz istighfar juga terdapat pelbagai sepertimana yang disebutkan didalam hadis-hadis Nabi صلى الله عليه وآله وسلم . Kita boleh mengucapkan أستغفر الله , kita boleh mengucapkan أَسْـتَـغْـفِـرُ اللهَ وَ أَ تُـوبُ إِ لَـْيهِ , ataupun kita boleh juga mengucapkan اللّهُـمَّ اغْفِـرْ dan sebagainya.
Namun disana ada satu lafaz istighfar yang diajarkan oleh Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang mana dinyatakan kelebihnnya.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus رضي الله عنه, Nabi صلى الله عليه وآله وسلم mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia ma’ti pada petangnya maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu mening-gal dunia selepas itu, maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga.
SAYYIDUL ISTIGHFAR :
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada segala keja’hatan kelakuanku. Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan do’sa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau.”
Menurut al-San’ani di dalam Subul al-Salam (syarah Bulughul Maram, Bab Zikir dan Doa), doa ini dinamakan “sayyid” yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang ham’ba kepada Khaliqnya.
Kita hafal dan amalkan SAYYIDUL ISTIGHFAR ini disiang hari dan petang hari. InysaAllah, InsyaAllah, kita akan mendapatkan kelebihan yang besar (menjadi Ahli Syurga) tersebut.
Semoga Allah beri taufiq-Nya (kekuatan dalam melaksanakan taat) untuk kita istiqomah mengamalkannya.
والله أعلمُ
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk