Nak Buat Mixed Fruit Cocktail Yang Sedap? Ikuti Sahaja Resepi Perkongisan Bella Jaffar Ini, Pasti Puas Hati!

Mixed Fruit Cocktail antara hidangan yang senang dan mudah disediakan. Rasanya yang manis berlemak sangat disukai oleh sesiapa sahaja.

Nak menyediakannya memang mudah dan senang. Ikuti sahaja resepi perkongsian Bella Jaffar ini.

Mari ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Puding Buah Kastard, Mudah Sangat & Bahan Pun Tak Banyak!

RESEPI MIXED FRUIT COCKTAIL YANG SEDAP DAN MENYEGARKAN

Tiap kali raya mesti buat ni, sebab bila cuaca panas memang laku.. especially budak-budak. Ni saya kongsikan resipi saya, senang je

BAHAN-BAHAN :

  • 2 peket Jelly sumi
  • 2 tin susu cair ideal
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 tin buah peach (suka brand Hosen – sliced)
  • 1 tin fruit cocktail (Brand Hosen juga – premium fruits, tp time ni habis stock)
  • 1 tin longan (optional la brand pape tp sy mmg suka Hosen)
  • 1 bekas nata de coco
  • 2 biji kuning telur
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu esen vanilla
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan air (saya tambah sebab tak suka manis sangat)

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. First asingkan/tapiskan buah-buahan dari air gula dan masuk terus buah-buahan ke dalam bekas hidang.

2. Satukan kesemua bahan-bahan cair (air gula dari tin peach, longan, mix fruit, nata de coco & susu cair) dalam periuk.

3. Masukkan kuning telur dan esen vanila ke dalam periuk

4. Dikuti dengan tepung kustard (kacau dulu dengan air bagi dia sebati) baru campurkan kedalam periuk kalau tak nanti berketul-ketul dan burn kejadiannya (nak bagi kuah pekat sikit)

5. Dah satukan semua baru on api perlahan je, dan masak kuah sampai sebati, tak perlu panas sangat.

6. Dah siap masak, sejukkan kuah coktail dahulu, bila dah sejuk campurkan dalam mangkuk hidang yang dah siap dengan isi buah-buahan tadi.

7. Sebatikan dan sedia untuk dinikmati.

Selalu beli kat pasar malam kuahnya ya ampun sikit sangat tapi untuk bancuhan saya ni jangan risau kuahnya memang generous, cedoklah ikut mana nak.

NOTA :

saya tak letak ais siap-siap sebab bila nak makan baru masukkan ais dalam mangkuk dan cedok cocktail ni.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Bella Jaffar

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles