Nak Buat Ayam Masak Kicap, Letak Sikit Perencah Ini. Barulah Sedap!

Ayam masak kicap memang tidak asing dalam kalangan masyarakat kita. Menu hidangan yang menjadi kegemaran ramai ini bukan sahaja sedap malah cara penyediaanya juga ringkas dan mudah.

Ada beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk dapatkan rasa ayam masak kicap yang lebih sedap dan lazat. Antara anda hanya perlu letakkan sedikit ‘perencah’ ini untuk membuatnya lebih lazat.

Nak tahu apa perencah yang boleh jadikan masakan ayam masak kita lebih sedap? Mari ikuti perkongisan resepi oleh Ida Radzi beserta rahsia jadikan masakan ayam kicap anda lebih sedap.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Memang Sedap! Ini Cara Buat Ayam Meraung Yang Simple Tapi Terangkat

CARA NAK BAGI AYAM MASAK KICAP JADI LEBIH SEDAP

Ada tak yang kalau buat Ayam Masak Kicap, akan letak sikit perencah sup? Bagi yang tak pernah, cuba la buat, memang sedap rasa dia.

Disebabkan ramai yang baru nak cuba, saya edit resepi untuk 3/4 ekor ayam .. ini cara saya ye.

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • Bawang besar dihiris
  • Bawang putih ditumbuk kasar
  • Halia ditumbuk pecah je
  • Serai sebatang dititik (pilihan, letak lagi sedap)
  • 1/2 sudu kecil serbuk sup (saya suka letak sikit je untuk aroma dan rasa yang ringan)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Tumis semua bahan hingga naik bau. Kemudian masukkan kicap lemak manis dan sedikit air.

2. Bila dah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. (ayam digaul garam dan kunyit sebelum digoreng)

ADVERTISEMENT

3. Tak perlu letak garam sebab masa goreng ayam dan letak garam, kicap pun sudah ada masinnya. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ida Radzi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles