Nafkah Suami Pada Isteri Wajib! Jangan Ambil Mudah, Kesian Pada Isteri Pendam Rasa

Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)

Terdapat pelbagai Nas al-Quran dan Sunnah berkenaan nafkah di antaranya, Firman Allah سبحانه و تعالى‎ :

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ ۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّـهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّـهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

ADVERTISEMENT

Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempītkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesūsahān. (Surah al-Talaq, 7)

Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya.

Dalam satu kuliah Ustaz Fawwaz Mad Jan ada menerangkan perihal nafkah yang wajib bagi seorang suami kepada isterinya. Jom kita semak.

Suami wajib beri 5 benda kepada isteri.

ADVERTISEMENT

Pertama ALAT-ALAT MANDIAN

Suami wajib beli/sediakan alat-alat mandian seperti shampoo, berus gigi, ubāt gigi, dan sebagainya

ADVERTISEMENT

Jangan guna duit isteri, guna duit suami sendiri.

Yang keduanya UBAT-UBATAN

Panadol, ubat sakīt urāt, pam, mintak gamat.. lagi apa lagi.. sabun susu kambing contohnya.. wajib suami sediakan, kena beli guna duit suami

Yang ketiga MAKAN MINUM

Suami kena sediakan, kena bagi. Rupanya dalam Islam, seorang suami wajib sediakan, berikan makan kelada isterinya 2 kali sehari minima.

Lelaki sebagai seorang suami, isteri kita tu kena bagi makan pada isteri paling kurang sehari 2 kali.. minima

Maknanya suami-suami yang beri makan hari-hari minima 2 kali sehari.. bukan2 kali ustaz oi.. sehari 5 kali, campur dengan cicah sambal belacan, 6 kali ustaz.. ok

Makna jika kata bagi 6 kali makan sehari maka suami-suami sudah lepas tanggungjawab tentang nafkah makan minum.

Cumanya jika kat sini rasanya lebih 5 kali rasanya no.. pagi roti canai, nasi lemak.. sat lagi pukul 10 cucuq pulak, tengahari nasi, mai petang pulak ustaz buah pelam. Mai malam lagi nasi lagi, balik mengaji sat lagi tom yam. Kira ok lah tu. Bab makan minum selesai.

Yang Keempat PAKAIAN PERSALINAN

Ayah-ayah sebagai suami wajib bagi nafkah pada isteri untuk pakaian isteri ni 2 helai baju baru. Sebab itu mana-mana suami yang rasa selama ni ustaz,

nikah dengan bini saya 10 tahun ustaz oi sehelai baju saya tak beli..

Jadi, suami-suami kena beli lepas ni. Atau pun kalau tak beli, bagi duit suruh isteri kita beli. Paling kurang setahun 2 kali (2 helai). Maknanya 6 bulan sehelai baju baru. (baju sehelai, tudung sehelai, kasut iaitu persalinan untuk isteri)

Sebab itu, suami-suami yang rasa nafkah ni sangkut lagi kena bagi jalan. Yang mana isteri rasa mana boleh ustaz setahun 2 kali? Kami beli baju setiap minggu ustaz oi..

Hah! yang mana beli baju setiap minggu pakai duit sendiri. Pakai duit sendiri. Yang wajib suami bagi 2 set persalinan pakaian 2 kali setahun. Jika suami saya ustaz dia beri duit setiap bulan untuk beli baju, syukurlah dapat suami macam tu. Habūan makan dapat, habuan pakaian dapat, syukurlah dapat suami macam tu.

Dan yang kelima ialah RUMAH

Hat yang ini tolong jaga. Rumah yang mana suami-suami wajib bagi nafkah pada isteri. Rumah itu perlulah diredhai oleh isteri.

Suami-suami yang dah nikah dengan dia, si suami kata , kita duduk lah dengan mak abang lah tak payah sewa rumah lain, nak bayar sewa payah. La ni kita duduk dengan mak abang lah.. kira duduk dengan mak mertua.

Jika isteri kata, ok lah abang saya memang suka duduk dengan mak abang, mak abang sportīng.. jika suami redha dengan rumah yang disediakan makanya suami dah selesai dengan nafkah rumah untuk isteri.

Tapi jika isteri duk merungūt kata, ‘abang cari lah rumah lain, tak syok la duduk dengan mak abang. Asyik berkelahī saja.. tak seronok la, nak buka tudung payāh la, adik-adik abang ada..’

Jika isteri merungut kata macam itu tetapi suami tetap tak cari rumah sewa lain, tetap duduk di situ maknanya suami masih belum bagi nafkah rumah pada isteri. Sebab itu kena check semula.

Jadi para isteri, agak-agak apa yang disentuh oleh Ustaz Fawwz Mad Jan diatas ada tk disedia oleh suami?

Ubat-ubatan ada, alat-alat madian ada, suami bagi makan sehari dua kali minima ada tak? ada.. sediakan rumah selesa tak? selesa.. ada tidak beli pakaian atau beri duit beli pakaian ada. ada..

Jika ada semuanya, jika isteri minta lebih daripada itu dan suami tak bagi.. jangan tarik muka (bermasam muka). Minta tolong, jika yang wajib suami dah sediakan.. minta yang lain suami tak bagi…jangan tarīk muka.. jangan merajūk .. tak masak untuk suami..

Sebab Nabi صلى الله عليه وسلم sebut orang perempuan banyak masuk nerāka antara sebabnya banyak bangkāng suami dan tidak puās hati dengan pemberian suami. Jadi berhati-hatilah.

ورَأَيْتُ أكْثَرَ أهْلِهَا النِّسَاءَ قالوا: لِمَ يا رَسولَ اللَّهِ؟ قالَ: بكُفْرِهِنَّ قيلَ: يَكْفُرْنَ باللَّهِ؟ قالَ: يَكْفُرْنَ العَشِيرَ، ويَكْفُرْنَ الإحْسَانَ، لو أحْسَنْتَ إلى إحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شيئًا، قالَتْ: ما رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles