Rasulullah صلى الله عليه وسلم menceritakan bagi orang mukmin Allah سبحانه و تعالى menyediakan bilik-bilik yang indah di dalam syurga dalam keadaan mutiara yang menjūlang tinggi, jaraknya sepanjang 60 hasta.
Orang yang bertakwa ditempatkan di bilik yang tinggi dan di bawahnya mengalir anak sungai yang indah seperti dijanjikan Allah سبحانه و تعالى . Selain itu penghuni syurga berada di tempat penuh ketenangan, manakala di dalam setiap bilik itu ditempatkan bidadarī yang sangat cantik.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Sahl bin Saad رضي الله عنه , Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Ahli syurga ini, apabila dia masuk sahaja ke dalam syurga dan ke bilik-biliknya, bagaikan ahli dunia yang melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit.”
Imam Ahmad juga meriwayatkan, Abu Hurairah رضي الله عنه bertanya kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم,
“Ya Rasulullah, jika kami boleh melihat kamu, maka tenanglah hati kami dan menjadi ahli akhīrat, tetapi saat kami berpīsah denganmu, maka kami hanyūt dengan dunīa yang menyebabkan kami lena dengan anak dan isteri kami yang sering meracūnī kami.
Lalu Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Kalian ini tetap seperti ketika bersamaku walau dalam keadaan apa sekalipun. Malaikat akan berjabat tangan dengan kalian dan menziarahi kalian di rumah kalian. Jika kalian duduk denganku dan boleh ingat kepada Allah, mengapa apabila duduk bersama keluarga kalian tidak boleh mengingati Allah? Kerana nanti malaikat akan datang merahmati dan mendoakan kalian, walaupun kalian berada di rumah. Seandainya kalian tidak pernah berdōsa, Allah akan datangkan kaum yang melakukan dōsa supaya Allah dapat mengampuni mereka.”
Kemudian para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, ceritakanlah kepada kami tentang syurga, bagaimana bentuk bangunan-bangunannya?” Baginda menceritakan batu-batanya diperbuat daripada emas dan perak, campuran sīmennya daripada minyak kasturi, kerikilnya daripada mutiara dan yakut. Tanahnya daripada za’faran dan sesiapa yang memasuki syurga akan bersenang-senang dan tidak akan susah, kekal dan tidak matī.
Pakaian penghuni syurga tidak akan lusūh dan usia menjadi muda dan tidak akan pūnah ranāh.
Begitulah antara gambaran keindahan serta kenikmatān syurga namun kenikmatānnya tidak dapat kita gambarkan
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda:
يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بشر
“Allah سبحانه و تعالى berfirman: Aku telah menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga dan tidak pernah terlintas di benak manusia untuk hambā-hambā-Ku yang saleh.” (Hadis Riwayat Muslim)
TIGA GOLONGAN YANG DIJAMIN KEPADANYA RUMAH DI SYURGA
Nabi صلى الله عليه وسلم menjamin rumah di syurga bagi tiga orang ini. Pastikan kita salah seorangnya.
Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِى رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا ، وَبِبَيْتٍ فِى وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا ، وَبِبَيْتٍ فِى أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسُنَ خُلُقُهُ .
“Aku menjamin sebuah rumah di Syurga bahagian bawah bagi orang yang meninggalkan pertengkāran meskipun ia benar. Dan sebuah rumah di Syurga bahagian pertengahan bagi orang yang meninggalkan dūstā meskipun dalam gurauān. Dan sebuah rumah di Syurga tertinggi bagi orang yang berakhlak mulia.” (Riwayat Abu Dawud)
Ibn al-Mubarak berkata: “Akhlak mulia adalah wajah yang selalu tersenyum, suka memberi, dan tidak mengganggu.”
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku