Mulakan Hari Dengan Menyebut Zikir Ringkas Pembuka Rezeki (Jasmani & Rohani) Ini.

SETIAP Muslim dan Muslimat memulakan hari baharu selepas menunaikan solat Subuh pastinya tidak terlepas daripada empat keadaan seperti disimpulkan Imam al-Ghazali dalam kitabnya Bidayah al-Hidayah.

Pertama, keadaan paling utama adalah mencari ilmu bermanfaat, iaitu pengetahuan dan pengenalan yang menambahkan takwa kepada Allah سبحانه و تعالى , sekali gus mengisi makrifat dalam beribadat kepada-Nya.

Kedua, keadaan beribadat dengan meneruskan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah سبحانه و تعالى seperti berzikir seperti bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir serta membaca al-Quran dan menunaikan solat sunat khususnya dhuha.

ADVERTISEMENT

Ketiga, keadaan orang beriman berkhidmat kepada umat Islam seperti membantu masyarakat terutama golongan memerlukan seperti fa-kir miskin dan orang sa-kit.

Bagaimanapun, Imam al-Ghazali berkata, sekiranya ketiga-tiga perkara itu tidak dapat dilakukan, beliau menyarankan Muslim dan Muslimat berusaha menunaikan keperluan sendiri serta mencari nafkah sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.

Jadi, sebelum kita melangkah keluar rumah untuk menunaikan keperluan serta mencari nafkah sama ada untuk keluarga mahupun diri sendiri, atau buat mereka yang bergelar surirumah yang menguruskan hal-hal rumahtangga misalnya,

ulama menganjurkan kepada kita agar kita mulakan hari dengan menyebut :

ADVERTISEMENT

بِسمِ اللهِ الفَتَّاح العَلِيم

Maksudnya: Dengan nama Mu Ya Allah, Yang Maha Membuka segala yang tertutup, lagi Maha Mengetahui setiap sesuatu..

ADVERTISEMENT

Ia merupakan zikir pembuka rezeki ( rohani dan jasmani).

Setelah itu diiringi dengan dibaca :

• Surah Al-Fatihah (1 Kali)

• Ayat Kursi (1 Kali)

• Surah al-Ikhlas (3 Kali)

• Surah al-Falaq (1 Kali)

• Surah al-Nas (1 Kali)

Yang sangat banyak kelebihannya termasuklah menguatkan pergantungan kepada Allah سبحانه و تعالى , sebagai doa perlindungan dari kebu’rukan zahir dan batin, permintaan dipermudahkan urusan dan pekerjaan, permohonan dimurahkan rezeki dan ditambahkan keberkatan serta banyak lagi faedahnya.

Selanjutnya, dibesarkan dalam hati kita keazaman untuk menjadikan hari baru itu lebih baik dari semalam, dengan menebus kekurangan dan membaiki kesalahan, menambahbaik segala tindakan serta menggandakan amalan ketaatan.

Sama-sama kita amalkan. Semoga Allah سبحانه و تعالى merahmati kita semua. Amin.

والله أعلمُ

Amalkan juga zikir ini 40 kali selepas subuh.. InsyaAllah setiap ujian mahupun masalah akan terus dibukakan penyelesaian oleh Allah سبحانه و تعالى‘  << klik untuk baca >>

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan Oleh : Abunur@vmk
Sumber : Ibn L-Abidin

ADVERTISEMENT

Related articles