Mudahnya Buat Kuih Abuk-Abuk Sagu Ni. Kuih Nostalgia Yang Sedap!

Jika ada daun pisang dirumah, boleh lah buat kuih abuk-abuk sagu ni. Rasanya yang cukup enak dan lembut membuatkan ia sangat digemari ramai.

Selain mudah dibuat, bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Ditambah kerajinan membuatnya maka bertambah enak la abuk-abuk sagu yang dihasilkan. Resepinya boleh ikuti perkongsian oleh Mas Cotek ini. Jom buat!

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Kuih Tako Sagu Yang Sedap. Ikut Resepi Opah, InsyaAllah Menjadi & Puas Hati!

RESEPI ABUK- ABUK SAGU

Abuk-Abuk Sagu. Ada yang request kuih ni. Opah maleh sebenonya tapi gagahkan jugak. Siap dah yer kuih Abuk-Abuk Sagu oleh Mas Cotek

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan sagu
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 sdt garam
  • 4 keping gula melaka (gula merah pun boleh)
  • Daun pisang dilayur secukupnya

ADVERTISEMENT

CARA-CARANYA:

1. Basuh sagu, toskan

2. Gula melaka dicincang halus/ketepikan

ADVERTISEMENT

3. Gaul sagu, kelapa parut dan garam

4. Bentukkan kelongsong daun pisang (seperti kon)

5. Masukkan 2 sdb sagu ke dalam kelongsong

6. Masukkan pula 1 sdb gula melaka tadi

7. Masukkan lagi campuran sagu sehingga memenuhi kelongsong

8. Kemaskan dan kukus selama 15min

SIAP!

NOTA :

Untuk abuk-abuk pandan, blend 10 helai pandan/tapis jadikan dalam 1 1/2L air pandan. Selepas sagu dibasuh rendam dlm air pandan selama 2~3min. (boleh masukkan sedikit pewarna hijau jika suka). Akhir sekali tos sagunya. Ini cara opah ye.. terpulang

SELAMAT MENCUBA!

Sumber/Foto :  Mas Cotek 

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles