Telefon pintar atau handphone merupakan alat komunikasi yang dimiliki oleh ramai rakyat Malaysia. Alat komunikasi yang menjadi gadget penting kepada segenap lapisan masyarakat. Digunakan secara meluas untuk urusan kerja, pelajaran ataupun untuk hiburan semata-mata dan lain-lain.
Disebalik kecanggihan handphone ini, pada ketika itu mulalah kita rasa telefon tersebut ‘berat’, ‘lagged’ dan paling tidak senang hati dibuatnya bila keluar pula notification ‘storage full’.
Ini yang membuatkan penggunanya mula terasa macam geram apabila telefon mula hang dan berat. Terkadang apps, gambar, video yang tidak berkaitan telah kita delete dari peranti handphone kita, namun handphone tetap terasa berat dan lambat.
Nak smooth dan lajukan telefon android anda?
Jadi apa kata anda buat tips yang dikongsikan oleh @zafizi.zain ini di aplikasi TikTok. Ini salah satu cara yang awesome, simple and free tanpa perlu risau apa-apa kerana ia tidak menghilangkan data penting telefon anda.
CARA LAJUKAN PHONE & BUANG MEMEORY YANG TIDAK PERLU TANPA MENGGUNAKAN APPS
LANGKAH 1
Pergi ke bahagian Setting telefon anda.
LANGKAH 2
Klik pada menu Apps dan nanti akan keluar semua apps yang ada dan yang telah kita dah install.
Sesetengah model phone tidak ada menu Apps, jadi anda boleh klik pada bahagian App Management
LANGKAH 3
Klik bahagian tepi untuk filter fail yang paling besar, apa yang perlu kita kita buat adalah pilih Sort By Size. Secara automatik, fail paling besar akan berada paling kedudukan di atas sekali.
LANGKAH 4
Bila dah tahu memory yang paling besar, kita klik dekat situ – contohnya Facebook. Kemudian klik Storage.
LANGKAH 5
Seterusnya kita klik Clear Cache.
Secara automatik, bahagian cache akan menjadi kosong/dikosongkan.
SIAP!
Apabila file di dalam telefon dah ‘dibersihkan’, barulah telefon akan menjadi lebih lancar dan tiada lagi masalah ‘hang’ atau berat.
Jika tidak jelas, boleh rujuk video penuh beliau di sini: https://www.tiktok.com/@hafizi.zain/video/6993893438475308315
Video yang dikongsikan oleh Fafizi Zain ini mendapat perhatian dan ditonton oleh lebih 795 ribu penonton dan ramai pengguna memberikan maklumbalas serta komen terima kasih. Ini memandangkan ramai yang tidak tahu cara tersebut dapat membantu mengatasi masalah telefon yang semakin berat dan hang terutamanya pengguna dalam kalangan wanita.
Ternyata, cukup mudah rupanya bila sudah mengetahui caranya.
Selamat mencuba!
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Ikuti kami di @viralmalaysiaku untuk perkongsian artikel, info-info menarik yang bermanfaat.
Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit/Sumber: Hafizi Zain