‘Muda-Muda dah buat Hal! Saya Memang Akan Ambil Tindakan! Mohamad Amirul Zaim Driver GRAB Ni Kena Jaga-Jaga!’ – Ernie Rizah

Assalamualaikum All…

Muda-muda dah buat Hal!

Saya memang akan ambil tindakan!

ADVERTISEMENT

Mohamad Amirul Zaim driver GRAB ni kena jaga-jaga!

Ceritanya pagi tadi macam ni…

Ibu saya nak ke Masjid awal pagi. Ada Qiamulail tetapi tak nak jalan kaki seorang gelap gelap tu.

ADVERTISEMENT

Pukul 3.30pagi macam tu mama saya, suruh call GRAB untuk ke Masjid.

Saya ikutkan aja la. Masa diberi oleh GRAB 8 minit untuk driver tiba.

ADVERTISEMENT

Masa mula tu memang tak ada masalah apa-apa! Ibu saya naik, macam biasa.

Jarak pun dekat aja. Dalam linkungan 1 km atau kurang dari 1 km. Dah naik, driver GRAB ni tanya pada ibu saya…

” Nak pergi mana makcik pagi-pagi ni?”

“Nak pergi masjid…ada qiamulail.” Jawab ibu saya ringkas. Dia naik GRAB tu seorang diri menuju ke Masjid Darul Ehsan.

Tiba di masjid….disini isu mula timbul!

GRAB driver ni tak mahu menerima bayaran yang sepatutnya! Dah la ambil penumpang pagi-pagi buta!

Tak mahu dibayar pulak!!! Ah! Sudah…

Saya dirumah tak tahu menahu apa jadi dalam GRAB. Sampai laa ni dah tengah hari baru mama cerita.

Di akhir-akhir Ramadhan ini saya sekeluarga doakan semoga Mohamad Amirul Zaim dikurniakan Jannatul Firdaus tanpa hisab, amin.

Terima Kasih dik,
Kebaikan memudahkan mama saya bersolat dimasjid.

*Sesiapa yang kenal driver ni please suruh dia datang rumah kami beraya nanti. Nak juga jumpa.

Dalam pada itu, posting  milik Ernia Rizah menerima kira- kira 8.9k reaksi dan 1.9k perkongsian semula sejak dimuat naik 29 Mei.

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netzen di Facebook.

‘Masha Allaah baik hati adik ni juga dia tau nilai hantar seseorang pi masjid lagi buat qiamulail. Sesungguhnya ibu bapa dia dah tarbiyah dia dgn baik. Alhamdulillah.???’  – komen Ameenah Abdullaah

‘Terkezut baca memula. Suspen sungguh. Heheheh. Semoga Allah limpahi adik tu dengan rezeki yang baik-baik dari segenap cara dan bentuk’ – tulis Maria Qiptiyah

Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan semua urusan insan ini.. Aamiin❤ – Saliza Zainal Quanoo

Sumber : facebook Ernie Rizah

ADVERTISEMENT

Related articles