Minum Susu Putih Di Awal Tahun Hijriyah

MINUM SUSU PUTIH DI AWAL TAHUN HIJRIYAH

Dan diantara kebiasaan orang-orang sholeh (Min Da’bis sholihin) meminum susu pada malam 1 Muharram dan juga kebiasaan ini selalu di amalkan oleh Abuya Sayyid Muhammad Bin Alawy Al Maliki رحمه الله . Dan beliau juga apabila masuk 1 Muharram, akan membagikan susu kepada santri-santrinya (pelajar-pelajarnya).

WAKTU :

ADVERTISEMENT

Malam 1 Muharram sebelum Shubuh

FADHILAT :

TAFA’ULAN (Melakukan sesuatu dengan harapan mirip dengan sesuatu itu) : Tafa’ulan meminta agar sepanjang tahun dijadikan tahun yang putih, tahun yang bersih, tahun melakukan kebaikan-kebaikan. Hal ini selalu di Amalkan oleh Abuya Sayyid Muhammad bin Alawy Al Maliki رحمه الله

DO’A MINUM SUSU PUTIH

ADVERTISEMENT

اللهم بارك لنا فيه و زدنا منه

(Ya Allah berikan Barokah pada kami dalam susu ini dan tambahilah di dalamnya)

ADVERTISEMENT

Di dalam susu terdapat ‘anugerah’ yang telah dipersiapkan Allah سبحانه و تعالى‎ untuk Umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم khususnya untuk anak. Kerana susu menentukan kesempurnaan pertūmbuhan anak.

Oleh sebab itu dalam do’a ditambah dengan menyebut وزدنا منه.

Tambahan doa ini hanya khusus pada minuman susu, tidak pada minuman lainnya meskipun madu. Susu adalah makanan pokok yang paling sesuai dari anak. susu lebih afdhol dari madu.

Keutamaan susu ada dalam Kitabullah dan Hadits Rasulullah صلى الله عليه وسلم

FADHILAT SUSU, diantaranya :

1. Menumbūh kembangkan pertūmbuhan anak.

2. Susu mencukupi (mengēnyangkan) keperluan makan minum anak.

3. Susu tidak menyebabkan perut anak memūlas

4. Saat Isra’ Mi’raj, Susu adalah pilihan Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yakni saat Malaikat Jibril عليه السلام memberikan antara Khomr (ārāk) dan susu. Dan susu adalah tanda Kefitrahan Umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Subhanallah…

Sunnah minum susu pun dilakukan oleh Abuya Sayyid Muhammad Al Maliki رحمه الله dan para awliya’ Allah lainnya.

Tidak ada satupun Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang di dalamnya tidak mengandūng hikmah…

Semuanya ada Fadhilat dan Kebaikannya.

*** (Nota) : Bagi mereka yang mereka yang hendak mengamalkan silakan, bagi mereka yang tak nak tidak mengapa dan janganlah mencērcā

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Muhd Shahir

ADVERTISEMENT

Related articles