Mengapa Solat Menjadi ‘Tiang Agama’ Sedangkan Solat Rukun Islam Yang Kedua. Ini Penjelasannya

Masyhur dalam kalangan masyarakat sejak bergenerasi, ungkapan ‘solat adalah tiang agama’. Demikian adalah apa yang diambil dari sebuah hadis daripada Mu’az bin Jabal رضي الله عنه, bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ

Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berji-had.” [Riwayat al-Tirmizi (2616)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]

ADVERTISEMENT

Namun sejauh manakah kefahaman kita tentang sabda tersebut? Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh Syeikh Mutawalli As-Sya’rawi.

Daripada Ibnu Umar رضی اللہ عنہما, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

ADVERTISEMENT

Maksudnya: “Islam terbina atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari)

Syeikh Muhammad al-Mutawalli al-Sya’rawi menerangkan bahawa rukun Islam itu ada lima. Namun kadang semua rukun ini tidak setiap muslim boleh secara lengkap mengerjakannya.Memang itu sebab namanya rukun Islam namun bukannya rukun muslim.

ADVERTISEMENT

Contohnya, ada muslim yang faqir (mis’kin) sehingga tidak mampu mengeluarkan zakat. Maka kewajiban zakat menjadi gugur (terlepas) keatasnya. Lalu terkadang ada muslim yang sa’kit atau dalam pemusafiran (musafir) lalu uzur, maka gugur kewajiban puasa baginya. Selain itu ada juga muslim yang tidak mampu melaksanakan ibadah haji, maka gugur pula kewajipan menunaikan ibadah haji baginya. Kerananya, semua itu rukun Islam, bukannya rukun Muslim.

Kerana muslim kadang cukup dengan mengucapkan dua kalimah syahadah dan mendirikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Maka rukun dasar yang selamanya tidak akan terlepas dari setiap manusia adalah solat. Selagi solat selamanya tidak akan terlepas daripada manusia sekalipun dalam pepe-rangan, atau jika sa’kit maka dibolehkan solat dalam keadaan duduk. Sehingga tahap solat itu boleh didirikan dengan hati bagi yang sangat te-nat sa’kitnya. Tidak ada uzur yang boleh menggugurkan kewajipan solat. Manakala manusia diharuskan bersyahadah hanya sekali seumur hidup.

Setelah itu mungkin ada yang mis’kin maka gugur mengeluarkan zakat, atau sa’kit tidak wajib berpuasa atau tidak mampu mengerjakan haji. Lantas rukun Islam apa yang tersisa untuknya? Hanya solat, itu lah rukun yang diulang-ulang.

Dari sini akan muncul rahsia makna ‘solat itu tiang agama’, kerana kita akan melihat solat akan kita dapati dimana solat tidak akan gugur dan bahawa padanya terhimpun setiap lima rukun Islam. Dalam mendirikan solat anda harus mengucapkan dua kalimah syahadah, berarti rukun Islam yang pertama ada di dalam solat.

Juga mengelurkan zakat. Apa itu zakat?

Zakat bererti mengeluarkan sebahagian dari harta dan diberikan kepada golongan yang hak dan memerlukan. Harta adalah hasil suatu pekerjaan, dan pekerjaan itu memakan masa. Tanpa membelanjakan masa, tidak akan berhasil suatu pekerjaan dan tidak mendapat harta. Solat tidak mengambil terus dari harta kamu, hanya dari masa kamu yang dengannya akan berhasil kerja dan mendapat harta. Walaupun seseorang meluangkan satu jam dari 24 jam sehari untuk mendirikan solat hingga merasakan rugi masa tersebut. Ingatlah Allah سبحانه و تعالى menjanjikan penambahan buat harta yang dijadikan zakat, dengan itu juga Allah سبحانه و تعالى boleh menambahkan keberkatan pada masa kamu yang tersisa. Demikian dipenuhi rukun zakat melalui solat.

Lalu, dalam solat juga ada puasa. Puasa itu ialah menahan keinginan perut dan kemaluan. Sedangkan dalam solat juga ada menahan diri dari keduanya, dari banyak bergerak, dari berbicara dan lain sebagainya. Maka dalam solat seakan ada puasanya, bahkan larangan dalam solat itu lebih banyak dari larangan dalam puasa.

Solat juga ada hajinya, karena ketika solat engkau seakan-akan menghadirkan baitullah, menghadap dan mengarah padanya. Sehingga satu-satunya rukun yang terdapat seluruh rukun Islam di dalamnya ialah solat.

Mulai dari syahadah, lalu zakat yang lebih berharga dari harta yakni waktu (modal untuk menghasilkan harta), berpuasa yang melebihi (larangan) puasa Ramadhan, dan menghadirkan baitullah setiap waktu. Seakan-akan haji dengan qalbu meskipun tidak mampu haji secara nyata.

Syeikh Muhammad al-Mutawalli al-Sya’rawi juga mengatakan bahwa Allah سبحانه و تعالى adalah pencipta manusia. Maka Dia memperbaiki hamba-Nya yang menghadap kepada-Nya lima kali sehari (solat), sebagaimana seorang pembuat memperbaiki benda ciptaannya.

Namun, cara Allah سبحانه و تعالى memperbaiki manusia yang menghadap-Nya itu dilakukan secara ghaib. Sehingga ketika selesai solat (yang harusnya dilakukan dalam keadaan sempurna) kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya, jadi lebih tenang, lebih bertambah iman dan lain sebagainya. Dengan itu, solat meningkatkan kekuatan diri manusia untuk memenuhi kewajipan yang selainnya.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles