Allah سبحانه و تعالى berfirman di dalam Surah Al Ankabut, ayat 45 yang bermaksud :
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mung-kar.”
Imam Ahmad رضي الله عنه meriw’ayatkan, seorang lelaki datang menemui Nabi صلى الله عليه و سلم dan berkata,
“Si pulan melakukan solat malam, namun pada keesokan harinya dia mencuri”. Nabi صلى الله عليه و سلم menjawab, “Sesungguhnya solat itu (jika dilakukan dengan betul) akan mencegahnya daripada mung-kar yang kamu sebutkan”.
Hamka, dalam Tafsir al-Azhar berkata, “Sembahyang (solat) yang akan menjadi benteng daripada perbuatan keji seperti berzi-na, merom-pak, meru-gikan orang lain, berdus-ta, meni-pu dan segala perbuatan mung-kar.. ialah sembahyang (solat) yang dikerjakan dengan khusyuk…”
Maka mengapa saya solat tetapi masih melakukan mak-siat?
Kerana kurangnya ‘khusyuk’ di dalam solat menyebabkan diri tidak pernah merasa takut ketika berbuat maksiat.
APAKAH MAKNA KHUSYUK DI DALAM SOLAT?
Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah:
“Khusyuk adalah berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hi’na diri”.
Al Imam Syaukani Rahimahullah berkata:
“Khusyuk adalah, sebahagian ulama memasukkannya sebagai sebahagian daripada perbuatan hati seperti perasaan ta’kut dan juga ge’run“.
Al Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah berkata:
“Khusyuk adalah perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara ghaib”.
Para ulama juga menetapkan khusyuk itu terbahagi kepada 2 iaitu
- Khusyuk Hati
- Khusyuk Tubuh Badan.
Sa’id bin Musayyib rahimahullah pernah melihat seseorang yang berbuat perkara sia-sia dalam solatnya, lalu beliau berkata:
“Kalau seandainya hati orang ini khusyuk, tentulah akan khusyuk anggota tubuhnya.”
CARA UNTUK MENDAPATKAN KEKHUSYUKAN DI DALAM SOLAT
#1 — Menjaga kebersihan diri, menggunakan pakaian yang harum bersih suci sebelum melaksanakan solat.
#2 — Menjaga waktu solat dengan cara solat di awal waktu. Jangan selalu lengah/lambatkan waktu Solat.
#3 — Jangan solat ketika makanan sedang dihidangkan.
#4 — Jangan solat dalam keadaan menahan air kecil / besar.
#5 — Sebelum solat jangan makan berlebihan/ minun terlalu banyak air yang akan menyebabkan perut penuh.
#6 — Jangan membazir air ketika berwudhu.
#7 — Berwudhu dengan sempurna.
#8 —Belajar cara untuk memahami apa makna yang dibaca ketika solat.
#9 — Kurangkan pergerakan ketika solat.
#10 — Hadirkan diri bertemu dengan Allah, seolah-olah itulah Solat terakhir kita.
Berkata Syeikh Athiyah Saqr yang bermaksud:
Sesungguhnya solat itu apabila dilakukan dengan sempurna dan ada sertanya khusyuk dan penuhlah hatinya dengan cahaya maka akan membuahkan rasa takut kepada empunya solat itu akan Allah.
Maka dia tidak lagi akan melakukan segala do’sa dan jikalau dia ada melakukan do’sa maka dia akan segera kepada bertaubat dan Allah Taala sama sekali tidak akan menyia-nyiakan pahalanya.
Dan selama-lamanya orang yang solat tapi masih melakukan do’sa tidak boleh meninggalkan solat kerana solat itu tidak memberikan kesan pada menguatkan jalannya.
Maka mengerjakan solat itu wajib dan meninggalkan mak-siat itu juga wajib.
Dan wajib atas setiap orang bersungguh-sungguh pada menunaikan kedua perkara yang wajib ini yakni mengerjakan solat dan meninggalkan mak-siat.
Dan mudah-mudahan orang yang menjaga solatnya akan membawa kepada khusyuk di dalam solat dan kemudian meninggalkan segala mak-siat.”
والله أعلمُ
Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Status FB M AzrulNizamshah El Banjari