MENCARI MALAM LAILATUL QADR – Panduan dari Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahimahullah.

MENCARI MALAM LAILATUL QADR – Panduan dari Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahimahullah.

Malam ini kita, insya Allah kita akan memasuki malam ke 20 Ramadhan.

Makanya sudah menjadi kelaziman umat Islam akan berusaha untuk menambahkan amalan & kebaikan bagi meraih malam yang lebih baik dari 1000 bulan..

Berbagai kaedah yang diberikan oleh para ulama berdasarkan panduan yang diberikan oleh Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم yang mengatakan malam tersebut ada diantara 10 malam yang terakhir & lebih spesifik pada malam – malam yang ganjil..

Memang kaedah yang terbaik adalah beramal semaksimal mungkin pada setiap malam di bulan Ramadhan.

Tetapi harus kita akui yang umat diakhir zaman ini kurang berkemampuan atau “malas” (termasuk diri ku ) dan sangat mengharapkan kaedah yang lebih mudah bagi mendapatkan Malam Lailatul Qadr..

MALAM 27 RAMADHAN yang jatuh pada MALAM JUMAAT

Abuya kita ketika membahaskan persoalan ini turut berkongsi pendapat beliau berdasarkan pendapat Imam Al Ghazali & melalui penulisan guru utamanya, Syeikh Syukeri Unus.

Mengikut pendapat beliau ;

“Untuk mengagak Lailatul Qadr, perlu mengikut kepada hari bila puasa bermula.

Lihat pada carta dibawah yang ditulis oleh beliau sendiri sewaktu beliau mengupas bab Rahsia Puasa dalam Kitab Sairus Salikin ( Jilid 1 ) di Masjid Al Falah USJ 9 pada sekitar tahun 2012.

Kalau mula puasa pada hari Ahad, maka insyaAllah, Lailatul Qadr kemungkinan melalui pengalaman rohaniah yang sangat banyak oleh para ulama’ mengatakan akan terjadi insyaAllah pada MALAM 27 RAMADHAN yang jatuh pada MALAM JUMAAT ini.

Kerana 10 malam terakhir ini tidak ada malam yang lebih afdhal daripada malam 27 Ramadhan yang jatuh pada malam Jumaat.

Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmio Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahimahullah juga berkongsi mengenai tanda-tanda Lailatul Qadr.

“Tanda-tanda Lailatul Qadr ada tanda dalaman pada diri dan juga tanda luaran”

TANDA DALAMAN

1) Hati akan merasa sangat hiba pada malam tersebut
2) Air mata mudah mengalir deras lebih daripada biasa
3) Jantung berdebar lebih daripada biasa
4) Badan menggeletar lebih daripasa biasa

TANDA LUARAN

1) Jika musim tersebut musim dingin, malam tersebut tidak terlalu dingin
2) Jika malam tersebut angin bertiup, maka angin yang bertiup tidak terlalu kencang
3) Jika malam tersebut hujan, hujan turun tidak terlalu lebat
4) Tidak kedengaran bunyi anjing menyalak pada malam tersebut.

TANDA SELEPAS (keesokan hari nya)

1) Pagi hari matahari akan terbit muram sedikit, tidak secerah biasa, cahayanya seperti keadaan malam sedikit.

Namun Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam berpesan supaya tidak hanya menumpukan ibadat hanya pada malam 27 Ramadhan walaupun mendapat kaedah melalui pengalaman rohaniah para ulama’.

“Kita yang mengagak malam Lailatul Qadr, jangan kurang ibadah kita malam bermula malam 10 terakhir hingga malam Jumaat 27 Ramadan.

Bila kurang beramal pada malam-malam yang lainya, tidak akan ditunjuk ALLAH pada dia akan malam Lailatul Qadr.

Orang yang hanya beramal pada malam yang dijangka malam Lailatul Qadr ditakuti tidak akan dapat dibuka hijab oleh ALLAH.

Insya Allah orang yang akan dapat ialah orang yang sejak malam 21 lagi dia pulun cuma malam Jumaat 27 Ramadan nanti dia pulun lebih lagi.”

Dan disarankan baca doa yang diajarkan oleh Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم jika direzekikan ketemu dengan malam Lailatul Qadr berdasarkan tanda – tanda yang beliau telah kongsikan..

Semuga kita semua direzekikan dapat berjumpa dengan Malam 1000 bulan ini.
آمين آمين آمين يا مجيب السائلين .

Dan jangan lupa doakan kebaikan untuk ibubapa & para guru kita khususnya kepada Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahimahullah.

Link video tanda-tanda MalamLailatul Qadr oleh Abuya
https://youtu.be/2co-qers7rg

Silakan share jika mahu berkongsi kebaikan dari Ilmu Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahimahullah

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Sumber : Ahmad Tifla

Related articles