Memang Sedap Resepi Maggi Goreng Ni, Sekali Buat 3 Bungkus Baru Puas Makan!

Selain mee atau bihun, maggi goreng antara hidangan lazat yang boleh dijadikan menu sarapan ataupun makan malam.

Biasa kalau ke Mamak, order maggi goreng ni mesti tak puas makan kerana kuantitinya yang sedikit.

Nak puas makan, boleh je buat sendiri di rumah. Tak perlu ke Mamak dah.

ADVERTISEMENT

Mari ikuti perkongsian resepi Nana Sabrina Sarsan di bawah ini.

BACA JUGA : Cara Buat Maggi Chili Oil, Maggi Level Up Viral Yang Sedap. 2 Minit Siap!

RESEPI MAGGI GORENG

Makan kat kedai tak puas, Haaa kau masak sendiri sekali 3 bungkus makan dengan suami lagi umphhhh.

Dah lama tak share resepi, hari ni nak share la sebab ada yang requested.

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • Maggi 3 bungkus, rebus separuh masak toskan.
  • 1 biji Bwg merah saiz besar potong kasar
  • Lobak potong memanjang.
  • Daun sup atau daun kucai.
  • Cili jika suka.
  • 3 sudu makan cili boh atau cili kisar
  • Garam,gula,kicap manis dan kicap masin, sukatan ikut rasa masing-masing.
  • Udang/sotong jika suka
  • Minyak.
  • Telur sebiji.
  • Perencah maggi guna 1 peket jer, jangan guna 3 peket nanti masin.

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak, masukkan cili kisar, banwang dan lobak, tumis sehingga pecah minyak

2. Kemudian, masukkan kicap bahan perasa, perencah maggi kari/ayam, udang/sotong, kacau dalam 3minit.

ADVERTISEMENT

3. Lepas tu masukkan mee tadi, kacau sebati, api slow, pastu pecahkan telur, tunggu 3 minit baru kacau.

4. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan cili.

Maggi Goreng

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nana Sabrina Sarsan

ADVERTISEMENT

Related articles