Sajian hidangan ayam meraung bukan sahaja sedap malah mudah untuk disediakan. Sesekali jika ingin memasak ayam apa kata buat ayam meraung ini. Ditambah pula dengan sos yang padu memang betul-betul terasa nikmat setiap kunyahan.
Anda nak cuba buat? Ikuti sahaja perkongisan resepi ayam meraung yang dikongsikan oleh Mas Salleh ini. Sedap, mudah dan ringkas. Anda pasti berpuas hati.
Mari ikuti perkongsian beliau di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Tukang Masak Thai, Buat Tom Yum Gong Ori Jadi Lebih Sedap! Rasa Masam Pedas Manis Lemak Berkrim Satu Rumah Puas Makan!
BAHAN-BAHAN :
- 2 keping dada ayam (perap dengan sedikit kicap pekat)
- Sos tiram
- Sos ikan
- Secukup rasa
- Sedikit minyak
- Sedikit gula
CARA-CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan.
2. Bakar dalam non stik pan hingga masak.
3. Setlah masak boleh lah potong ikut suka atau kesesuaian.
BAHAN-BAHAN SOS :
- Cili merah besar*
- Cili padi hijau*
- Bawang putih*
- Bawang merah*
- Daun ketumbar beserta akar*
- Gula kabung
- Sos ikan
- Sedikit beras pulut sangai dan tumbuk halus
- Sedikit cili flakes
CARA-CARA MEMBUAT SOS :
1. Cincang kasar semua bahan bertanda (*).
2. Gaul semua bahan dan perahkan asam limau.
SIAPP UNTUK DINIKMATI
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Mas Salleh
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku