Mee kuning boleh digunakan untuk bermacam sajian atau hidangan. Cuma kebiasaanya mee kuning yang kerap kita masak adalah mee goreng.
Mee goreng juga ada pelbagai resepi, salah satunya mee goreng tauhu hancur ini.
Menarik kan? Jika anda belum cuba, boleh ikuti perkongisan resepi oleh Nurul Ateekah ini. Memang sedap, tauhunya melekat disetiap helaian mee, rasa yang pedas, manis dan sebati.
Menurut Nurul Atekah juga hidangan ini memang sudah menjadi kegemaran keluarganya. Mari ikuti perkongisan dibawah ini.
BACA JUGA : Cara Buat Mee Goreng Budak Sekolah, Teksturnya Yang Sedikit Basah-Basah Memang Sedap & Menyelerakan!
MEE GORENG BASAH SEAFOOD DAN TAUHU HANCUR
BAHAN-BAHAN :
- 500gram mee kuning
- Udang saiz sederhana 15 ekor
- Sotong 2 ekor saiz besar
- Taugeh
- Sawi
- Tauhu@Taukua (1 ketul besar dihancurkan)
- Tomato 1 biji (dibelah 6)
- Kicap Manis 7 sudu besar
- Sos tiram 1 sudu besar
- Sos cili 1 sudu besar
- Sos tomato 1 sudu besar
- Minyak masak
- Serbuk perisa knorr (jika perlu)
BAHAN KISAR :
- Bawang besar ½ biji
- Bawang putih 2 ulas
- Cili kering 5 batang (di rendam air panas dan toskan)
- Ikan bilis (1 sudu besar)
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak secukupnya
2. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga kering dan pecah minyak
3. Masukkan sotong dan udang. Masak seketika
4. Kemudian, masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram, sos tomato dan tauhu yang telah dihancurkan. Gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan mee, taugeh, sawi dan tomato. Gaul sebati dan perasakan secukup rasa.
Siap untu dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Nurul Ateekah