Mātī Akal Nak Pujuk Anak Kucing Agar Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Si Oyen Datang Membantu

Oyen memang terkenal dengan perangāī nakāl dia yang suka buatkan orang gerām, rasa nak marāh tapi tak boleh marāh. Tapi, bukanlah setiap masa Oyen suka buat perangai ada juga ketika mereka ini memang sangat membantu.

KENAPA KUCING SUKA DUDUK DALAM BAHAGIAN ENJIN KERETA?

Sebabnya, enjin akan membuat diaorang rasa lebih panās. Tapi, situasi ni sebenarnya sangat bahayā kerana diaorang boleh tercederā akibat suhu yang terlalu panās dalam enjin kereta.

Para peminat haiwan yang dipanggil kucing mesti sedai maklum bahawa kucing ini suka bersembunyi di enjin kereta. Bahkan di Malaysia ini sahaja, sudah bayak kali kes kucing ini terperangkāp dan akhirnya terpaksa memanggil pihak BOMBA atau APM untuk mengeluarkannya.

Walaubagaimanapun, tempat itu kadangkala boleh membahayakan mereka dan mendatangkan kecederaān, lebih-lebih lagi jika kehadiran mereka tidak disedari oleh pemilik kenderaan yang mahu menggunakan kenderaan.

ANAK KUCING BERADA DI BAHAGIAN ENGIN KERETA

Seperti sebuah video yang dikongsikan ini yang menunjukkan seorang pemilik kereta mempunyai sedikit masalah apabila ada seekor anak kucing tidak mahu keluar dari bahagian enjin keretanya.

Kejadian ini sering berlaku lagi-lagi di kawasan yang sejuk, kerana kucing suka ‘menyorok’ di bahagian enjin kereta untuk memanaskan badan mereka.

Pemilik kereta tersebut sudah berusaha memujuk anak kucing tersebut untuk keluar dari situ dengan makanan dan mainan, namun anak kucing tersebut tetap tidak berganjak.

Usaha memujuk yang dilakukan untuk mengajak anak kucing tersebut keluar.

Anak kucing tersebut terus bersembunyi di situ kerana tākut. Pelbagai cara telah mereka gunakan untuk menyelamatkan anak kucing tersebut namun tidak berjaya.

OYEN MULA BERAKSI!

Akhirnya, salah seorang jiran mereka memberikan idea untuk menyuruh Oyen peliharaannya membantu memujuk anak kucing tersebut.

Selepas Oyen di angkat dan di halakan pada anak kucing tersebut dia terus mengiau mungkin cuba memanggil atau memujuk anak kucing tersebut supaya keluar dari situ. Tidak berapa lama kemudian, anak kucing tersebut akhirnya bergerak keluar secara perlahan.

Khidmat oyen digunakan untuk memujuk si anak kucing untuk keluar dari bahagian enjin kereta.

Ketika nampak anak kucing itu keluar, orang ramai dengan cepat mengambil si comel itu dan masukkannya ke dalam sangkar.

Tindakan pantas pemilik kereta dapat memegang erāt leher si anak kucing untuk dikeluarkan daripada bahagian engin kereta.

Ternyata kucing Oyen ini memang luar biasa meskipun sering dikaitkan dengan ‘kenākalānnya’. Pemilik kereta itu pula sudah boleh menggunakan keretanya dengan senang hati.

Entah apa yang diberitahu oleh si Oyen kepada anak kucing itu, apabila kemudiannya anak kucing itu pun berminat untuk keluar dan akhirnya dia pun berjaya dikeluarkan dari enjin kereta dengan selamat.

VIDEO RAKAMAN PROSES MENGELUARKAN ANAK KUCING

PART 1 : Khidmat Oyen Diperlukan, Tolong ‘Pujuk’ Anak Kucing Menyorok Dalam Enjin Kereta
PART 2 : Khidmat Oyen Diperlukan, Tolong ‘Pujuk’ Anak Kucing Menyorok Dalam Enjin Kereta

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku


Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Nako740, Siakap Keli, Mimbar Raudah

Related articles