Hidangan masakan lemak cili api antara masakan yang mudah disedikan, malah ianya juga sangat sedap dinikmati. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas, namun menu ini sahaja sudah cukup jika perkena dengan nasi panas. Confrim licin pinggan dibuatnya.
Antara masakan lemak cili api yang boleh anda cuba ialah masak lemak cili apa jantung pisang. Digandingkan pula dengan pucuk ubi, memang akan terserlah rasanya. Sangat-sangat sedap dibuatnya.
Jom ikuti perkongsian resepi oleh SuiSan Aliezsha di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Telur Goreng Masak Asam, Resepi Turun Temurun Dari Arwah Nenek. Menyelerakan Sungguh!
MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG + PUCUK UBI
Menu kamgpung hari ini, masakkan ori Negeri Sembilan. Masak lemak cili api jantung pisang + pucuk ubi + ikan bilis & ikan goreng,ikn masin. Selain dari rebus cecah budu atau sambal belacan, jantung ni sedap juga dicincang gorengg cili api. Favourite saya sangat-sangat sayur macam ni. Jantung pisang nipah ni sedap dan tak pahit, kelat pun tak. Saya kongsikan resepi jika anda ingin mencuba.
BAHAN-BAHAN :
- Jantung Pisang
- Pucuk Ubi Kayu
- Cili Padi (ditumbuk)
- Kunyit Hidup (ditumbuk)
- Ikan Bilis
- Asam Keping
- 1 ½ Biji Kelapa Parut (Perah dan ambil pati santan sahaja)
- Garam
CARA MEMASAK :
1.Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
2. Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.
3. Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.
4. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.
Resepi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng garing atau ikan masin.
Sumber/Foto : SuiSan Aliezsha
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku