Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Cara Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak

Resepi Ayam Bakar Rempah perkongsian saudari Rosma Ros ni memang nampak sangat menarik dan membuka selera. Bagi anda gemar mencuba resipi-resipi baru, resipi ayam bakar rempah ini salah satu yang boleh anda cuba. Biasanya, jika membuat ayam bakar, ayam perlu diperap bersama rempah sebelum dimasak.

Tapi sedikit berbeza dengan resipi ini dimana anda perlu memasak ayam terlebih dahulu bersama rempah perapan sebelum dibakar. Ia bertujuan untuk memberikan rasa ayam bakar yang lebih sedap.

Teruja nak cuba? Jom lihat cara-caranya.

ADVERTISEMENT

RESIPI AYAM BAKAR REMPAH

Resepi ayam bakar rempah rosma ros.. Cuba la try memang best

BAHAN- BAHAN:

1 ekor ayam (ikut suka nak bakar seekor-seekor atau nak potong kepada beberapa bahagian)

BAHAN KISAR:

  • Cili kering ikut kepedasan
  • 5 tangkai cili besar merah
  • 7 biji cili api
  • 2 ulas bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 ketul kunyit hidup
  • 2 sudu makan biji ketumbar
  • 2 sudu makan jintan manis

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Sedikit sos cili
  • Daun pandan – simpul
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Gula
  • Pati ayam
  • Santan daripada 1 1/2 biji kelapa

CARA MEMASAK:

1.Kisar semua bahan kisar sehingga halus.

ADVERTISEMENT

2. Kemudian masukkan ke dalam kuali bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga pekat.

3. Apabila kuah sudah pekat, perap ayam sekurang-kurangnya satu jam. Lebih lama diperap, lebih sedap.

ADVERTISEMENT

4. Selepas itu masak kembali ayam bersama bahan perapan sehingga mendidih. Biarkan bahan perap betul-betul bersalut dengan ayam. Kemudian asingkan ayam dan kuah.

4. Kemudian bakar ayam menggunakan arang atau ketuhar. Jika masak gunakan ketuhar, bakar pada suhu 230C selama 60 minit dan golek-golekkan ayam.

5. Lebihan bahan kuah perapan boleh dicurah atas ayam atau dibuat cicah.

Selamat Mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Sumber/Foto : Rosma Ros , Rasa, Rencah Rasa

ADVERTISEMENT

Related articles