Pulut kuning tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia khususnya orang Melayu kerana ia merupakan hidangan makanan tradisi orang melayu. Disyorkan supaya kita sendiri mencuba untuk menyediakan sendiri pulut kuning ini. Jika dahulu mungkin orang tua kita yang sediakan, namun sekarang kita juga perlu tahu menyediakan sajian ini bagi mengekalkan tradisi makanan nenek moyang kita ini.
Untuk mereka yang baru nak belajar masak pulut boleh ikut resepi perkongsian Ismi Aishah ini, InysaAllah menjadi guna resepi ini. Jom masak!
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Roti Butut Bakar Yang ‘Rare’, Sajian Tradisi Yang Kian Dilupakan
RESEPI PULUT KUNING KELANTAN
Alhamdulillah…sarapan dgn pulut kuning + rendang pagi ni. Pulut kuning orang kelantan Ada manis, masin, lemak santan.
Guna sudip kayu untuk arung pulut, sudip ayah buat sendiri.. itu rahsia pulut sedap kot agaknya. Untuk yang baru nak belajar masak pulut insyaAllah menjadi guna resepi ni.
BAHAN-BAHAN :
- Beras pulut -1 kg
- Santan pekat -1 1/2 cawan
- Garam kasar – 1 sudu besar
- Gula – 2 sudu besar
- Bahan sampingan – pewarna kuning telur, serbuk kunyit 1 sudu kecil & asam keping/gelugur 2 keping.
CARA-CARA MEMASAK :
1. Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2. Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
Nak cari elektrik cooker multi-function bajet boleh tengok sini 👉🏻 https://shope.ee/7f8OVKlwTj
Ada 5 fungsi, cepat panas.. on je suis terus panas.Lebih cepat dari iron baju. Senang nak memasak. Memang puas hati. Berbaloi
3. Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak mcm mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata.
4. Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
5. Boleh la masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing,tak nak pun tak apa. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.
Untuk yang baru nak belajar masak pulut InsyaAllah menjadi guna resepi ni. Terimakasih
Sumber/Foto : Ismi Aishah
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku