Maksud Disebalik Hadis Ubah Maksiat Dengan Tangan, Mulut Dan Hati Yang Perlu Kita Tahu

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان ) رواه مسلم

Maksudnya : “Daripada Abu Said al Khudri رضي الله عنه katanya : Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemung’karan maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman ” (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

هذا ترتيب الأدوار وليس ترتيب التدريجي
UBAH MAK’SIAT DENGAN TANGAN, MULUT DAN HATI.

ADVERTISEMENT

Saya pernah mendengar kupasan menarik tentang hadis ini daripada seorang ulama hadis terkenal di Mesir. Iaitu Syeikh Ibrahim al Kattani Hafizahullah ketika beliau datang menziarahi pondok Derang dan menyampaikan ucapannya. saya sebagai mutarjimnya.

Beliau meriwayatkan hadis tersebut dan menghuraikan bahawa saranan Baginda صلى الله عليه وسلم itu mengikut peranan masing-masing. Mengubah maksiat bukan boleh dipilih-pilih (at Takhyir) antara tangan atau mulut atau hati. Kerana Baginda صلى الله عليه وسلم tidak menggunakan kalimah أو.

Ia juga bukan merujuk kepada konsep “dakwah berperingkat” (ترتيب التدريجي). Kerana jika dimaksudkan dengan konsep dakwah secara berperingkat-peringkat sudah tentu Baginda صلى الله عليه وسلم akan mulakan saranan mengubah mak’siat dengan hati terlebih dahulu. Jika dengan hati tidak berkesan maka ubahlah dengan mulut (nasihat) dan jika dengan mulut juga tidak berkesan akhir sekali ambillah tindakan dengan tangan (dengan kuasa). Seperti suami membimbing isteri dengan nasihat terlebih dahulu, jika tak berkesan: pisah tempat tidur dan memu’kul yang tidak mencede’rakan. Dan seperti pengha’raman a’rak yang berlaku berperingkat-peringkat…

Tetapi hadis ini tidak membawa makna mengubah kemung’karan secara berperingkat-peringkat.

ADVERTISEMENT

JADI APA MAKSUD HADIS INI?

Hadis ini merujuk kepada peranan masing-masing. Pemimpin mestilah mengubah kemung’karan dengan tangan mereka, dengan kuasa dan jawatan yang mereka miliki. Jika pemimpin tidak mampu mengubah dengan tangan mereka, ubahlah dengan lidah. Dan jika sekadar mengubah dengan hati sahaja padahal mempunyai kuasa di tangan. itulah selemah-lemah iman. Baginda صلى الله عليه وسلم menggunakan isim isyarat (وذلك أضعف الإيمان) bukan وهذا. Dzalika: menunjukkan kepada yang jauh (للبعيد). yakni jika seorang pemimpin tidak bertindak dan hanya membisu (tegur dalam hati sahaja) itulah selemah-lemah iman).

ADVERTISEMENT

Adapun para pendakwah memang peranan mereka dengan teguran, ubah dengan lisan.

Dan rakyat awam (marhean) peranan mereka memben’ci dalam hati. Sudah cukup bagi mereka setakat itu.

Kerana mereka memang tak mampu menegur dengan lidah, mereka bukan pendakwah. Mereka tak mampu dengan tangan sebab mereka bukan pemerintah. Cukuplah bagi golongan rakyat kebanyakan ini memben’ci dalam hati, tidak redho dengan kemung’karan. Dan ini bukanlah selemah-lemah iman bagi rakyat. Sebab mereka telah melaksanakan peranan yang sepatutnya bagi mereka.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Hazem Ibni
> Viral Malaysia Ku <

ADVERTISEMENT

Related articles