Punca UTAMA hilangnya keberkatan di dalam rezeki adalah kerana kita melakukan solat subuh selepas matahari sudah terbit .
Orang selalu solat subuh setelah matahari sudah terbit ..
Betul .. dia akan juga dikurniakan rezeki juga oleh Allah سبحانه و تعالى .. tetapi dia tidak akan dapat keberkatan rezeki . Kerana keberkatan itu hanya terdapat di dalam rezeki .
Semua daripada kita mendapat rezeki , orang Muslim, orang Kāfīr, Athēīs (golongan tidak percaya agama) , orang yang beritiqamah, komūnīs .. semua orang diberikan rezeki , bīnātang juga diberikan rezeki , semua diberi rezeki ..
Bezanya , samada rezeki yang ada keberkatan dan rezeki hang tiada keberkatan .
Perbezaan yang sangat ketara .
100 rezeki yang ada di dalamnya keberkatan , menyamai ribuan rezeki ..
Tetapi, berjuta-juta rezeki yang diperolehi tanpa ada keberkatan di dalamnya tiada nilai apa-apa .
Kita memohon kepada Allah سبحانه و تعالى memberkati rezeki , umur , anak-anak , suami , isteri , negara , agama , dan taqwa kita , wahai Tuhan sekalian alam
Rugīnya Bagi Seseorang Yang Tidur Selepas Solat Subuh
Daripada Sakhr Al-Ghamidi رضي الله عنه beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (berdoa) :
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
“Ya Allah, kurniakanlah keberkatan bagi umatku di awal waktu pagi harinya.” (Hadis Riwayat Abu Daud no. 2606)
Bukur ( بُكُورِ ) atau bukrah ( بُكُوره ) adalah waktu awal hari ( dari terbit fajar ) sehingga terbitnya matahari di mana waktu ini Allah سبحانه و تعالى menurunkan rezeki dan menurunkan keberkatan .
Jadi orang yang tidur selepas solat subuh maka dia terlepas , namun sesiapa yang berusaha pada awal pagi adalah orang yang beruntung baik sama ada dia berzikir , berwirid, dan lain lain sehingga matahari terbit ataupun orang yang keluar mencari rezeki seawal pagi pun sebenarnya dia adalah orang yang beruntung kerana ketika waktu itu Allah سبحانه و تعالى menurunkan rezeki dan keberkatan sebanyak-banyaknya.
Ini disebut oleh Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani رحمه الله di dalam kitabnya Fath al-Bari yang mana telah disebutkan bahawa rezeki itu dibahagi-bahagikan selepas solat subuh dan amalan-amalan diangkat dipenghujung waktu siang. Bagi siapa yang pada waktu tersebut dalam ketaatan, maka akan diberkati rezeki dan amalannya
Nak sebut disini betapa rugīnya orang yang tidur selepas solat subuh, apatah lagi kerugīaan yang lebih besar kepada orang yang lewat solat subuh sehingga matahari sudah terbit dan kehīnaān bagi orang yang tidak menunaikan solat subuh .. نعوذ بالله من ذلك
Maka ambil perhatian, Lepas subuh jangan terus tidur!
Sesungguhnya sahabat yang mulia, Syaidina Abdullah bin Masu’d رضي الله عنه akan duduk berzikir hingga terbit matahari.
Apabila matahari telah terbit, beliau berdoa
الحمد لله الذي أقالنا يومنا هذا ولم يهلكنا بذنوبنا
Alhamdulillahillazi aqa lana yaumana ha za walam yuhlikna bizunu bina
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang telah membebaskan kami pada hari ini dan tidak membīnāsakan kami kerana dōsa dōsa kami
Sementara itu, Saidina Ibnu Abbas رضي الله عنهما telah mengejutkan salah seorang anaknya yang tidur selepas subuh:
قم، أتنام في الساعة التي تقسم فيها الأرزاق ؟
Bangunlah!
Adakah engkau tidur pada waktu di mana rezeki sedang dibahagi bahagikan?
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku