Lemak Manis & Sedap. Resipi Belebat Ubi Keledek Opah Ni Memang Kena Cuba!

Belebat Ubi Keledek antara kuih tradisional yang masih kita boleh nikmat hingga kehari ini. Kuih ni diperbuat dari tepung beras yang dicampurkan bersama ubi keledek dan dimasak manis. Dan ianya dikukus dengan balutan daun pisang yang memberikan aroma yang wangi.

Resipi Belebat Ubi Keledek Oren Ungu perkongsian opah Mas Cotek ni memang nampak menarik sekali. Lihat gambar sahaja boleh bayangkan kesedapan kuih ini. Kuih ini agak payah nak jumpa orang jual jadi anda boleh buat sendiri. Opah Mas Cotek ada kongsikan resepinya di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Tepung Bungkus Yang Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman!

BELEBAT KELEDEK OREN/UNGU

BELEBAT.. lama sungguh tak makan koi ni..payah jumpa kat sini kome oiii. Tak mandang langsung, nak tak nak buat sendiri. Dah pun siap.. moh le kome.. opah mancuh lebih ni #hestek opah tumpang lalu lalang ye.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 buku keledek oren(anggaran 200gm sebuku)
  • 1 buku keledek ungu (anggaran 200gm sebuku)
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 4 cawan santan
  • 1/2 sdt garam
  • Daun pisang secukupnya utk membungkus (Ukuran daun opah guna 4×6″)

CARA-CARANYA :

1. Keledek dipotong dadu kemudian di kukus sehingga empuk

2. Satukan tepung beras, santan, gula dan garam.. kacau sebati

3. Dengan api perlahan, masak adunan sehingga pekat dan berkilat

4. Tutup api masukkan keledek

5. Angkat, ketepikan

6. Sediakan daun pisang, sudukan 2sdb adunan belebat, bungkus dan kemaskan
**cara bungkus seperti pulut inti

7.Kukus selama 10 minit api perlahan

8. Angkat dan sejukkan

9. Sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles