Sekali pandang mungkin ada yang menyangka ini adalah kuih lapis. Sebenarnya ia merupakan Puding Biskut Cream Crackers yang hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Rasanya yang lemak-lemak manis, di makan pula sejuk-sejuk waktu cuaca panans memang layan di buatnya.
Nak membuatnya cukup mudah. Sangat simple sahaja. Opah Mas Cotek ada buat perkongisan resipi Puding Biskut Cream Crackers ini. Cubalah, pasti puas hati.
Mari ikuti perkongsian di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Puding Milo Chocolate By Mr. Ali Ini Memang Sedap. Lembut Je & Senang Nak Buat!
PUDING BISKUT CREAM CRACKERS
Sebahagian lagi koleksi puding hasil ayo tangan opah. Puding yang tak banyak bahan. Ikut le kreaviti kome nak olah ropenya ye. Kalau nak melapeh tu kena sabo banyak-banyak le. Nak buat dua tiga lapeh pun takde salahnya, terpulang. Nak tuang sekali jalan, boleh je aih. Silakan share.
BAHAN-BAHAN :
- 25 keping biskut cream crackers
- 4 biji telur
- 1/2 cwn susu pekat manis
- 2 sdb gula perang
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Sediakan loyang 7×7 sapu sedikit minyak
2. Rendam biskut ke dalam air panas sehingga kembang,kemudian toskan
3. Masukkan biskut, susu, telur dan gula perang ke dalam blend
4. Blend sehingga halus
5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian atau lebih.. terpulang
6. Masukkan pewarna (optional/milo)
7. Kukus selapis-lapis sehingga masak. Setiap lapisan 5min sahaja, dan lapisan terakhir 10 minit. 5 minit akhir bukak penutup kukus . Tujuan nak bagi air atas permukaan puding kering
Siap / sejukkan baru dipotong
NOTA :
Boleh kukus menggunakan acuan kecil, lebih mudah. 2/3 cwn utk setiap 1 lapisan. Opah guna loyang 9x5x2
Sumber/Foto : Mas Cotek
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku