Lelaki ‘Cina’ Ini Berikan Sebab Mengapa Dia Memilih Wanita ‘Melayu’ Sebagai Isteri

Perkhawinan merupakan satu sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang dianjurkan berdasarkan nas dan hadis. Perkahwinan merupakan satu fitrah manusia untuk saling berkasīh sayang, ini diperjelaskan di dalam Al-Quran melalui firman Allah سبحانه و تعالى‎ :

وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49)

Bila menyentuh isu perkhawinan antara isu yang berkaitan ialah kahwin campur. Antara kebaikan perkahwinan campur pertamanya ialah pasangan itu berpeluang untuk berkenalan di antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan pasangannya bahkan seluruh keluarga yang terlibat dan ini bersesuaian dengan hikmah atau tujuan Allah سبحانه و تعالى‎ mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak dan kaum.

Melalui perkongsian saudara Adam Kelvin difacebook miliknya. Beliau ada menyenaraikan beberapa sebab kenapa dia memilih perempuan Melayu untuk dijadikan sebagai isteri. Jom kita baca perkongsian beliau.

Antara sebab kenapa saya pilih perempuan Melayu sebagai isteri:

1. KASIH SAYANGNYA PURE

Sebagai lelaki chĪnese, saya memang tahu sebenarnya mengahwini perempuan cīna bukan option utama. Haha.. maintenance tinggi woo..

Kemudian, kebanyakan saya jumpa, kalau ada duit banyak, sayanglah suami dan anak. Tapi kalau suami tak ada duit, sayang tu akan defīsīt sama dengan nilai duit. Atau mungkin lagi kurang. Haha..

Tapi tak semua ya. Tapi kami selalu dididik macam tu. Money is everything. Cash is a kīng. Dah terbiasa dengan mindset macam tu.

Tak dinafikan mostly mereka datang dari family yang kaya. Takkanlah ayah mereka nak kahwinkan anak perempuan mereka untuk susah bersama suami? Pasti cari yang sama taraf.

Perempuan melayu ni, kasih sayangnya sejati. Sekali sayang, kebanyakannya ikhlas dan setia hujung nyāwa. Til jannah orang kata.

Kalau tak sayang suami pun, kasih sayang mereka terhadap anak tak pernah luntur.

2. MATA CANTIK

Tahu tak sebenarnya raaammmaaai lelaki cīna diluar sana lebih sukakan perempuan melayu. Sebab bermata cantik. Bulat dan besar. Nampak lebih berseri.

Tapi mereka tākut nak berkahwin sebab kekangan agama dan budaya. Huhu..

Itu antara sebab kenapa ramai wanita cīna sanggup pakai contact lens yang besar-besar untuk nampak comel.

Sedangkan perempuan melayu tak perlu semua tu.

Tapi saya dengar, lelaki melayu suka amoī jugak ya?

3. PEGANGAN AGAMA

Perempuan melayu ni mempunyai pegangan agama yang kuat. Mereka pandai menjaga diri dan mendidik anak.

Itu antara sebab kenapa saya pilih wife saya dari kampung. Sebab dia pandai jaga diri dan banyak ilmu agama yang dapat saya belajar bersamanya.

Perempuan bandar ketika tu, saya takut nak dekati. Saya takut high maintenance jugak.

4. SANGGUP SUSAH SENANG BERSAMA

Masa merisik wife saya dulu, saya beritahu yang saya tak mampu nak sewa rumah. Saya kata hanya ada bilik dan sebuah motor saja.

Actually saya nak uji tahap mana bakal wife saya dapat terima keadaan saya.

Surprisingly, mak mertua saya totally okay!

Beliau kata, asalkan saya berusaha untuk majukan diri dan cuba usaha bagi yang terbaik buat keluarga, tak ada masālah. Semua orang bermula dari bawah.

Masyaallah. Tabarakallah. Alhamdulillah.

Wow!

Tapi sebenarnya masa tu saya dah beli rumah dan kereta sebelum berkahwin. Saya saja sembunyikan perkara tersebut sampailah lepas berkahwin, baru saya reveal.

Memang itu matlamat saya. Cuba memiliki rumah diusia muda dan ayah saya sering tanamkan mindset kepada saya, sebelum kahwin wajib beli sebuah rumah untuk bina family.

Saya tak nafikan, jiwa wanita melayu ni memang kental. Susah macam mana sekali pun, jangan harap nak tinggalkan suami. Sanggup bergādaī emas untuk bantu suami.

Akhir sekali..

Ramai tau kawan-kawan chĪnese saya nak berkahwin dengan perempuan melayu. Cuma mereka masih tak nampak keindahan Islam tu macam mana.

Doakan mereka agar dapat hidayah ya suatu hari nanti?

Adam Kelvin
Suka belajar perbezaan budaya dan cuba meraikan kegemaran wife saya.

Foto : Adam Kelvin

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles