Legend & Susah Nak Jumpa, Ini Cara Buat Kuih Tepung Pasung @ Serunai Guna Sukatan Cawan. Memang Sedap!

Kuih tepung pasung merupakan kuih tradisional yang menjadi kegemaran di pantai timur. Ia sedap dimakan pada waktu pagi atau petang. Rasanya yang enak di tambah rasa lemak manis, memang sedap dimakan.

Nak menyediakannya juga ringkas, bahan-bahan pun mudah didapati. Jika anda rindu atau teringin nak makan kuih tepung pasung ini bolehlah buat sendiri dirumah. Kuih orang lama-lama ni agak payah untuk kita jumpa orang yang menjualnya.

Pn Habsah Ngah ada berkongsi resepi dan carab penyediaanya. Mari ikuti perkongisan di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Mudahnya Buat Kuih Abuk-Abuk Sagu Ni. Kuih Nostalgia Yang Sedap!

TEPUNG PASUNG/KUIH SERUNAI

Alhamdulillah, siap kueh tepung pasung kak min panggil. Bila rindu nak makan kueh-kueh dari kampung halaman. Duk merantau macam kak min terpaksa lah try buat sendiri kalau terase nak makan. Kueh lama-lama nih payah nak jumpa orang buat jual kalau luar dari pantai timur.

Resepi kak min sertakan sekali ok. Mana yang teringin tu meh try buat.

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN BAHAGIAN BAWAH :

  • 2 sudu gula pasir
  • 1 keping setengah gula melaka
  • 1 setengah cawan air
  • 1 helai daun pandan wangi
  • 40 gm tepung beras
  • 20 gm tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur

BAHAN-BAHAN BAHAGIAN ATAS :

  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 setengah cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula

BAHAN LAIN :

Daun pisang secukupnya utk dijadikan kelongsong.

CARA-CARANYA :

1. Sediakan kelongsong berbentuk kon menggunakan daun pisang. Kemudian bila sudah siap, masak gula, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur. Sejukkan.

ADVERTISEMENT

2. Tapis dan satukan dengan bahan-bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.

3. Sudukan @ paipkan adunan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang-lubang pengukus. Kukus selama 5 minit. Ketepikan.

4. Seterusnya, satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.

5. Kemudian sudukan @ paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah berisi bahagian bawah yang telas dikukus tadi. Lakukan hingga habis adunan.

6. Teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Elakkan kukus guna api besar kerana akan menyebabkan kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih tu tumbang.

7. Biarkan kuih sejuk barulah dihidangkan.

Selamat mencuba

Sumber/Foto : Pn Habsah Ngah

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles