Lebut & Menyelerakan, Ini Cara Buat Sup Wantan Yang Ringkas & Sedap. Pasti Puas Hati!

Wantan semestinya sedap jika digoreng, namun jika dihingakan dan dinikmati bersama sup lebih enak dan memuaskan. Memang sanat sesuai untuk mereka yang suka hidangan berkuah ataupun sup ini.

Sup wantan antara hidangan ringkas yang boleh anda cuba di rumah, kerana apa yang anda hanya perlu lakukan ialah menyediakan sup dan inti saja. Mesti puas apabila dinikmati. Resepi sup wantan perkongisan Zurina Zulkefli ini pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mencubanya dirumah.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Serius Sedap! Ini Cara Buat Crab Rangoon. Dah Siap, Sekelip Mata Habis Dimakan

RESEPI SUP WANTAN

Sup Wantan untuk minum petang.

BAHAN INTI :

  • Daging ayam kisar jenama Ramly
  • Kulit wantan
  • Lobak merah – cincang
  • Daun bawang – hiris
  • Tepung jagung – 1 sudu makan
  • Kiub pati ayam – separuh

Campurkan semua sekali dan gaul sebati. Bungkus inti menjadi wantan

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

CARA MEMASAK :

1. Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam

2. Masukkan wantan dan rebus sehingga masak

3. Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.

4. Akhir sekali boleh masukkan wantan.

5. Sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Zurina Zulkefli

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles