Lebih 104K Share, Resipi Mi Hailam Ini Memang Sedap & Wajib Anda Cuba!

Menarik dan sedap sungguh perkongisan Mi Hailam Puan Hasniza Hassan ini. Walaupun nampak simple namun hasil dan rasanya memang sedap dan terbaik.

Bertambah menariknya lagi resepi perkongisannya mendapat lebih 104 ribu perkongsian (share) di Facebook. beliau juga menyatakan resepi ini di ambil dari ibu saudaranya.

Mari ikuti perkongisan beliau dibawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mudah Masak Bihun Sup Tulang Utara. Ikut Jerr Resepi Ni Confirm Menjadi

RESEPI MI HAILAM TUMIS LADA HITAM

Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara kak Has, Rohani Othman.

Punyalah suka, suami kak Has pernah request mi hailam ni untuk menu berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut. Sabar je la ya hehe.
Kak Has nak kongsikan dengan kalian bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • 11 ulas bawang putih – kisar / tumbuk
  • 1 sudu makan biji lada hitam – tumbuk kasar
  • Daging – rebus dan potong kecil
  • 1 mangkuk air rebusan udang – jika ada
  • 15 ekor udang – boleh dilebihkan
  • 4 ekor sotong – hiris
  • 1 biji tomato – belah 2
  • 1-2 biji cili merah – potong
  • Kubis secukupnya – hiris
  • Sawi secukupnya – hiris
  • Kicap masin secukup rasa
  • Kicap manis secukup rasa
  • Sos tiram secukup rasa
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1-2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

CARA MEMASAK:

Sediakan bahan-bahannya. Kak Has suka rebus siap-siap daging. Lagi mudah dan cepat kerja.

ADVERTISEMENT

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam.

2. Tumis hingga wangi dan bawang kekuningan.

3. Masukkan daging dan tambahkan air. Boleh tambahkan air rebusan kulit udang jika ada. Biarkan mendidih dan daging empuk.

4. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.

5. Seterusnya masukkan udang dan juga sotong. Masak jangan terlalu lama kerana udang dan sotong akan kecut.

6. Kemudian masukkan hirisan cili dan tomato. Tambahkan juga garam serta gula secukup rasa.

7. Masukkan hirisan kobis. Masak seketika.

8. Bila kuah mendidih dan hampir diangkat, masukkan sawi. Tambahkan juga bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

9. Gaul rata supaya semua bahan sekata.

10. Masukkan mi dan gaul rata. Hidangkan segera.

INFO: Masukkan mi apabila hidangan sedia untuk dinikmati. Jika tidak, mi akan menjadi kembang.

Sumber/Foto : Hasniza Hassan

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles