Laku Keras! Ini Cara Buat Jejari Terung Rangup. Tak Sempat Sejuk Habis Licin Sepiring

Jejari Terung Rangup untuk anak-anak yang tak sukakan sayur. Rangup, sedap, ringkas tapi berkhasiat. Semua untuk sarapan, minum petang atau bekal anak ke sekolah.

Cara nak membuatnya pun sangat mudah. Guna 3 bahan sahaja. Macam mana? Jom ikuti perkogsian resepi Jejari Terung Rangup oleh Umi Watie ini. Biasanya tak sempat sejuk habis licin diserbu anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Ayam Kicap Mayonis, Sedapnya Sampai Anak & Suami Menjilat Jari!

ADVERTISEMENT

RESEPI JEJARI TERUNG RANGUP

Selamat pagi cinta, ecewah mood ada baik pagi ni. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tuhan sekalian alam.

Pagi ni kakchik buat sarapan ringkas. Jejari Terung Rangup. Sedap wei, ada rasa macam Ayam pun ye tau.
Sesuai sangat buat orang yang tak suka makan sayur. Memang tak terasa kesayurannya. Jom Cuba buat. #DapurMakRerama

BAHAN-BAHAN :

  • Terung
  • Tepung goreng Bestari
  • Air sejuk

CARA-CARA MEMASAK :

1. Sediakan satu bekas, potong memanjang terung. Lepas tu salutkan dengan tepung Bestari dengan sedikit air.

ADVERTISEMENT

2. Celupkan dalam bekas tepung Bestari kering. Gaul-gaul manja je tau.

ADVERTISEMENT

3. Lepas tu celupkan dalam air. Air tu guna air sejuk tau. Air kowei ke air peti sejuk ke. Janji sejuk.

4. Toskan, celup balik dalam tepung kering tadi. Tadaaaaaa. Nampak tak dia dah elok berkelopak gitu.

5. Gorengkan dalam minyak panas. Balik-balikkan biar dia masak sekata. Bila dah kekuningan angkat Dan toskan.

6. Sedia untuk dihidangkan.

Tak sempat sejuk oiii. Laku keras, cecahkan dengan sos cili. Fuhhhh tak cukup sepiring

Amacam? Terung lepas glow up. Kiranya macam snek sehat la kan. Biasa kalau nak makan sayur celup tepung gini kat Cameron Highlands je kan? Takpe, kita buat sendiri di rumah.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Umi Watie

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles