Pokok cili antara tanaman yang banyak di tanam di kawasan rumah. Cili sudah tentunya banyak kegunaan dalam masakan. Oleh sebab itu mingkin ramai yang memilih untuk menanam sendiri pokok ini dirumah.
Ada pelbagai cara atau teknik yang boleh kita pilih untuk menanam pokok cili ini. Antara yang mudah dan cepat menuai hasil adalah dengan kaedah menanam menggunkan keretan dahan.
Kaedah ini dikongsikan oleh Sentuhan Kidal IV, malah beliau juga berkongsi cara dahan pokok cili cepat mengeluarkan akar dengan menggunakan bawang. Apa yang menarik kaedah ini boleh mempercepatkan masa pokok yang ditanam untuk tumbuh dan seterusnya berbuah.
Mari kita ikuti perkongisan beliau di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Tanam Kangkung Tak Jejak Tanah, Lebih Bersih, Sekali Tuai Dapat Setengah Kilo
CARA TANAM POKOK CILI MENGGUNAKAN KERATAN DAHAN
Pertamanya, anda pilih dahan pokok cili yang elok yang anda rasakan ia sesuai dijadikan dahan untuk anda menanam. Sebaiknya gunakan dahan dan bukannya batang kerana ahan yang dipotong akan bertunas baru jadi jangka hayat batang cili asal akan lama.
Seterusnya, cucukkan dahan tersebut ke dalam bawang dan tunggu dalam masa satu ke dua minit. Bawang ini bertindak sebagai agen penggalak akar dan dalam masa yang sama mengelakkan batang daripada terkena jangkitan atau fungus.
Selepas itu terus tanam dan letakkan di tempat yang redup. Seelok jangan terkena cahaya matahari yang kuat. Siram seperti biasa.
Dalam 1-2 minggu anda akan dapat lihat tunas-tunas yang baharu akan mula tumbuh seterusnya mengeluarkan/menghasilkan buah cili.
Selamat Mencuba
Sumber/Foto : Sentuhan Kidal IV via Vanilla Kismis
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku