Labu Masak Lemak, Lauk Paling Mudah. Tetap Sedap Walau Tanpa Bawang & Cili

Labu masak lemak antara hidangan yang sedap, ringkas dan mudah untuk disediakan. Hidangan ini memang sedap jika dipadankan dengan ikan goreng atau sambal belacan memang berselera dibuatnya.

Bagi anda yang belum pernah merasai kesedapan masakan ini boleh cuba resepi perkongsian oleh SuiSan Aliezsha ini. Mudah sahaja, cubalah!

Mari ikuti perkongsian dibawah ini

ADVERTISEMENT

BACA JUGA : Masak Sayur Pedas Timun Ikut Resipi Arwah Mak. Sedapnya Tak Terkata

LABU MASAK LEMAK

Resepi ala kampung pembuka selera, lauk paing mudah disediakan. Cubalah

BAHAN-BAHAN:

  • Labu (buang kulit dan potong-potong)
  • Daun kunyit
  • Kelapa parut (jangan kedekut santan)

CARA MEMASAK:

1. Sediakan kuali, masukkan labu yang dipotong dadu telah dibuang kulit bersama daun kunyit dan santan.

ADVERTISEMENT

2. Kacau-kacan dan masak diatas api sederhana sehingga masak.

ADVERTISEMENT

3. Jangan lupa perasakan dengan garam secukup rasa.

4. Siap!

Hidangan ini memang sedap jika dipadankan dengan ikan goreng dan sambal belacan/gesek memang berselera dibuatnya. Silap-silap menambah nasi jadinya.

labu masak lemak

Selamat mencuba!

Sumber/Foto: SuiSan Aliezsha

ADVERTISEMENT

Related articles