KWSP Umum ‘Pengeluaran Khas’ Dibuat Dalam Satu Bayaran Sahaja Mulai Tarikh Ini

Berikutan permohonan Pengeluaran Khas yang boleh dibuat tidak lama lagi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja.

Menerusi infografik yang dimuatnaik di Facebook KWSP sebentar tadi, pembayaran Pengeluaran Khas secara ‘single payment’ akan dibuat mulai 20 April 2022.

AMAUN PENGELURAN DAN KAEDAH PEMBAYARAN

Selain itu, pencarum KWSP yang berhasrat mengeluarkan duit tersebut perlu mengetahui beberapa perkara tentang amaun pengeluaran dan kaedah bayaran untuk melancarkan urusan pemohon mereka.

Jumlah amaun pengeluaran adalah minimum adalah RM50, manakala jumlah amaun maksimum pula adalah sebanyak RM10,000 dan ia tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.

Bagaimanapun, menurut syarat yang ditetapkan anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun

Selain itu syarat lain yang perlu diketahui adalah pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.

Justeru bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah memaklumkan bahawa kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000.

Infografik : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Ia dilakukan bagi meringankan bebān Keluarga Malaysia yang masih terkesān susulan pandemik COVID-19, lapor Bernama.

Infografik : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Namun begitu, beliau juga merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Beliau turut berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Menjengah ke ruangan maklum balas, rata-rata mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak KWSP dan yang berkenaan atas kebenaran pengeluaran wang simpanan mereka di KWSP.

Sumber : KWSP, Bernama, Siakapkeli

Related articles