Kunci Syurga Yang Tercicir Di Dunia

Sepertimana yang kita ketahui di dalam dunia ni bahawa setiap yang bergelar Muslim (Orang Islam) bila berdoa maka Allah سبحانه و تعالى‎ tidak akan tolak doanya, mustahil, sebab di dalam al-Quran Allah سبحانه و تعالى‎ berfirman :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Al-Ghafir : 60 )

Janji Allah سبحانه و تعالى‎ ini bukan seperti janji ahli politik. Janji Allah سبحانه و تعالى‎ mustahil akan dimungkiri, tidak.. Bila Allah سبحانه و تعالى‎ sebut minta maka Allah سبحانه و تعالى‎ akan makbulkan.

Kita hairan kenapa minta tak dapat pun?

Jawapannya kata para Ulama, bila kita minta sama ada terus dimakbulkan atau ditangguhkan atau ditukarkan dengan permintaan yang lain atau Allah سبحانه و تعالى‎ makbulkan di akhīrat kelak. Ganti dengan ganjaran diakhīrat.

Mana-mana orang yang sebut لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّٰهِ jika dia berdoa maka 4 ini ja..

sama ada makbul waktu tu,

atau yang keduanya Allah سبحانه و تعالى‎ tangguh lewat sikit, lewat sikit ni kadang sehari, kadang sebulan, kadang setahun, kadang 5 tahun, kadang 15 tahun, kadang 50 tahun

Yang ketiga Allah سبحانه و تعالى‎ tak makbul waktu tu juga, Allah سبحانه و تعالى‎ tak tangguh. Allah سبحانه و تعالى gantikan dengan benda yang lain

Dan yang keempat jika tidak ketiga-tiga diatas, Allah سبحانه و تعالى‎ ‎akan makbulkan di akhīrat.

Jadi, minta sahaja lah, nak benda apa pun minta kepada Allah سبحانه و تعالى‎. Apa yang saya nak ajar pada malam ni, ajar diri saya, ajar pada kita semua. Bila kita minta kita mintalah dua benda/perkara.

Minta dua benda ni, rumah besar boleh dapat, ketenangan hati boleh dapat, anak soleh boleh dapat, rezeki murah.. tuan-tuan minta dua benda ni sahaja.

Dua benda ini lah yang saya ulang seumur hidup saya, saya tidak pernah minta benda lain. Dua ini sahaja

PERTAMA : Minta redha Allah سبحانه و تعالى‎ dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم

KEDUA : Minta syurga Firdaus

Dua itu ja, saya duduk dipadang arafah saya minta hat tu, saya duduk depan kaabah saya minta hat tu, saya duduk dalam raudah saya minta hat tu, saya duduk dirumah saya minta yang tu, saya duduk dalam kereta saya minta yang tu, saya ulang dua ini sahaja. Dua ni sahaja

Dapat redha Allah سبحانه و تعالى‎, semua makhluk duduk dibawah, dia (makhluk) tidak duduk diatas.

Kemudian, bila dia jadi doa ibu ni tajuk yang sangat panjang. Kalaulah doa orang Islam itu Allah سبحانه و تعالى‎ tidak tolak, jika seseorang itu doakan ibunya macam mana?

Sebab itu manusia yang paling rugī dan paling cēlakā atas muka bumi ini adalah apabila dia berseterū dan bermūsūh dengan ibunya.. habis..

Apatah lagi bila dia tak balik ziarah, langsung tak peduli tak telefon, tak bagi bantuan apa kat mak dan ayah, maka rugīlah hidupnya dunia dan akhīrat.

Jika di berseteru, bermusūh pula dengan ibunya, Nabi صلى الله عليه وسلم kata amal ibadah yang dia lakukan Allah سبحانه و تعالى‎ angkat sejēngkal sahaja lepas itu hiīlang.

Semua amal ibadah yang kita lakukan Allah سبحانه و تعالى‎ akan angkat, contohnya kita berzikir.. maka amalan itu diangakt ketika kita melafazkan zikir tersebut. Pahala zikir itu akan diangkat ke langit pertama hingga ke langit ke tujuh dan pahala itu akan disimpan menjadi pahala yang diterima.

Jika pahala itu boleh naik sampai keatas, jika pahala itu tidak naik sampai keatas bermaksud pahala amalan itu tidak cukup kuat keikhlasannya.

Ada amal ibadah sampai langit pertama kemudian ia hilang, ia jadi seperti dēbu.. ada amal yang Nabi صلى الله عليه وسلم sebut ia naik tak sampai sejengkal kemudian ia hilang.

Ada amal ibadah yang dilakukan, solat, sedekah, tolonh orang, ibadah.. tapi pahalanya naik sejekal dan hīlang. Kerana apa?

Salah satunya disebabkan bermusūh antara ibu dan ayah. Berhati-hati, jangan bermusūh, dengan mak ayah ini tundukkan diri, tundukkan māruah, egō kita depan mak dan ayah, mohon maaf daripada mereka.

ثلاثةٌ لا يقبلُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ منهُم صرفًا ولا عدلًا عاقٌّ ومنَّانٌ ومُكذِّبٌ بقدرٍ

“Tiga golongan yang Allah tidak menerima daripadanya sama ada amalan fardu mahupun sunat: Orang yang derhāka (kepada ibu bapa), orang yang kuat mengungkīt dan orang yang mendūstākan (iaitu tidak beriman dengan) takdir”

[Hadith riwayat al-Tabarani dan sanadnya dinilai sebagai hasan oleh Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya al-Zawajir]

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles