Kunci Segala Kunci, Siapa Yang Lakukan Allah Akan Ambil Tanggungjawab Untuk Menjaga Ahli Keluarganya

Hari ini ramai tak dalam kalangan masyarat yang stress. Stress hidup? Ya ramai. Buat kerja itu tak kena, buat kerja ini tak kena. Duduk dirumah tak kena duduk di pejabat tak kena. Duk depan tasik tak kena, duk atas jalan raya tak kena. Gaji RM3 ribu tak kena, gaji RM8 ribu pun tak kena.

Kenapa?

Pasal balik jenguk mak ayah setahun sekali. Jaga-jaga ya.

ADVERTISEMENT

Selain daripada jaga solat, tutup aurat, dia benda wajib yang lain bukan banyak tuan puan. Yang banyak apa dia? Yang tiap-tiap hari apa dia? Solat la yang tiap-tiap hari. Yang kita nak kena jaga hari-hari, setiap hari nak kena jaga apa dia?

Solat

Selain daripada itu? Aurat

Puasa setahun sekali, zakat setahun sekali, Haji seumur hidup sekali wajib (jika mampu).

ADVERTISEMENT

Maka, selain kita jaga solat, kita jaga aurat, yang ketiga yang kita terlepas pandang yang membuatkan kita gusar setiap hari ialah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. 

Setahun sekali. Itu pun jika kena tahun tu giliran rumah suami, ah tak balik la rumah mak kita. Jika tahun itu kena giliran isteri, yang suami ni pula tak balik la rumah mak dia. 2 tahun baru jumpa. Lepas itu dia dok hairan. Pasal apa semua tak kena?

ADVERTISEMENT

Serba tak kena sebab dia tinggal hat punca itu. Besar.. punca yang paling besar. Yang mana punca itu terletak pada punca itu redha Allah سبحانه و تعالى dan kemurkāān Allah سبحانه و تعالى

Ustaz Wadi Annuar mennceritakan ada satu keluarga seorang wanita yang membesarkan anak-anaknya, pendidikan anak-anaknya, agama anak-anaknya, dan dia tidak pernah tanya anak-anaknya sehingga ke semua anak-anaknya tamat universiti dan hingga ke semua anak-anaknya  keluar daripada pengajian tesebut dengan ilmu agama yang mencukupi.

Kita perhati keluarga A, Kita perhati keluarga B, Kita perhati keluarga C dengan sifat yang sama. Akhirnya Allah سبحانه و تعالى tunjuk satu jawapan. Satu je tuan puan. Selain dia mentaati Allah, jaga solat dan mentaati suami dan ketiganya mereka ini sangat jaga ibu dan ayah mereka. Jaga sungguh.

Waktu mak sakīt, ada satu keluarga ini maknya sakīt sampai lūmpūh satu badan, nak mandi pun kena gerak semua, nak makan pun kena gerak semua, peluh pun kita kena lap, nak minum pun kita kena suap, tukar baju pun kita, nak salin pāmpers, nak kena basuh najīs. Daripada 8 orang anak selalunya berapa orang yang boleh jaga?

Maha Penyayang Allah عز وجل, Allah akan gerakkan salah seorang anak dalam ramai akan ada seorang anak yang paling taat, yang paling kasih dan paling jaga mak yang sakīt ini. Mesti ada. Kebiasaanya bila ada mak atau ayah yang terlantar sakīt, Allah akan gerakkan salah seorang anak itu menjadi anak yang paling taat. Anak ini dia ada buat satu pahala atau satu kebaikkan yang membuatkan Allah pilih untuk dia taat dan menjaga ibu atau ayah dia. Cerita ini adalah salah satu contoh. Kisah benar.

mak ini tinggal seorang anak-anak semua dah besar dan bila mak sampai umur 60 lebih mak ini habis tidak boleh bergerak, duduk macam itu sahaja. Tuan-tuan siapa anak-anak hat anak 8 orang tadi hat balik? Siapa nak balik? Siapa yang sanggūp berhentī kerja laki bini, mai jaga mak ayah.

Jika anak itu lelaki, dia nak kena pujuk isteri sekali berhenti kerja dua-dua mai balik jaga. Tak boleh buat tuan-tuan. Sebab itu daripada lapan anak akan ada seorang atau dua yang akan balik mai. Apabila salah seorang daripada lapan anak itu, anak perempuan ni balik kampung, bawa semua ahli keluarga duduk kampung. Yang lain semua tak balik, ada gilirannya setahun seorang sekali, balik jaga 3 atau 4 hari pastu balik.

Bila salah seorang anak yang perempuan ini bawa semua ahli keluarga duduk jaga. Bagi makan tiap kali waktu makan, bagi minum tiap-tiap kali minum, salin pāmpers, angkat usung. Selepas 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun, lama. Masa mereka jadi terbatas. Orang lain pergi kenduri, mereka tak boleh pergi kenduri. Orang lain berjalan, mereka tak boleh pergi berjalan. Orang lain pergi bercuti, mereka tidak boleh pergi bercuti. Akhirnya, si mak yang sakīt itu menghembūskan nafasnya.

Berapa orang yang jaga tadi? Seorang sahaja

Anak yang jaga tadi, wanita ini..  yang jaga emaknya yang sakīt tadi. Anak-anaknya, hanya keluarganya sahaja kelima-lima anak-anaknya yang menamatkan universiti. Orang miskin, keluarga susah. Lima-lima daripada yang sulung sampai yang ke lima. Semua kelima-lima menamatkan pengajian ilmu agama tanpa sesen pun hutāng. Dan kelima-lima tadi tamat universiti tanpa perlu si ibu itu telefon tanya solat tak lagi? berkawan dengan siapa? Keluar dengan siapa? Periksa sem ini lulus ke? Satu soalan pun si ibu tak pernah tanya. Kelima-lima anaknya Allah سبحانه و تعالى mudahkan si ibu yang menjaga maknya yang sakīt tadi.

Pasal apa tuan puan? Pasal ketaatnya kepada yang melāhirkan dan mengāndungkān dia. Itu ja.

Lagi tekun, lagi tinggi ketaatan kita kepada ibu dan ayah kita. Allah سبحانه و تعالى akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga ahli kelurga kita. Tak perlu risau. Ini kunci yang ramai orang tak buat.

Orang dok ingat kena berkerja keras, barulah boleh nak bahagia keluarga.

Orang dok ingat kena spend masa banyak dengan isteri dan anak-anak lepas itu tinggal mak ayah baru nak bahagia keluarga.

Orang dok ingat kena beli baju mewah dan bawa keluar berjalan kerap isteri dan anak-anak tinggal mak dan ayah untuk bahagia keluarga.

Tidak.

Antara tanggungjawab seorang anak lelaki yang paling besar adalah mendahulukan ibu dan ayahnya. Jika perempuan suami dahulu barulah ibu dan ayah.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : Siti Nurhidayah Zainol

ADVERTISEMENT

Related articles