Kunci Rezeki & Nasihat Berharga Ustaz Ebit Lew Kepada ‘Suami’ Yang Sering Hadapi Kesempitan Rezeki

Menjadi antara fi’gura yang paling disenangi oleh rakyat Malaysia, kiriman Ebit Lew di media sosi’al sentiasa menjadi perhatian warganet terutama mengenai kerja dakwah dan sumbangan yang dilakukannya. Tak kurang juga perkongsian mengenai kekeluargaan, kisah kehidupan dan tips tips kehidupan.

Artikel kali ini kami ingin kongsikan satu hantaran yang pernah di buat oleh ustaz ebit lew mengenai kunci kepada rezeki mencurah-curah.

Jom ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew

Semalam pusing-pusing bazar Ramadhan niat dakwah dan rindu kampung. Lalu pasar malam ramai orang. Tengah berjalan. Ternampak seorang abang bersama isteri dan 3 orang anaknya. Dia sedang ma-rah ma-rah isterinya. Menje-rit perkataan ke-sat dan ma-ki ha-mun isteri. Anak-anak semuanya di ma-rah.. depan ramai orang.. se-dih saya…

Saya cuma doa ya Allah hari pertama Ramadhan ini berilah hidayah pada abang ini untuk berubah. Dia baik tapi dia ja-hil. Beri dia sifat lemah lembut.. tak sanggup tengok orang ma-ki ha-mun dan ma-lukan isteri dan anak-anak depan ramai orang macam tu..

Malam tadi sebaik sampai masjid. Masa nak turun kereta. Ada seorang abang ini sapa saya..

“.. Ustaz ebit lew ke? Kenal saya tak. Takkan tak kenal dah. Ko balik barapa hari..”

Sapa lak yer.. puas pikir.. rasa macam tak sebaya…dia lebih tua dari saya.. dalam hati saya kata. Terima kaseh ya Allah kabulkan doa saya. Benarlah doa kita makbul bulan Ramadhan ini..

Ustaz pernah ceramah tempat saya di Kuala Lumpur. Saya balik sekejap jer katanya..

Boleh saya nak tanya apa doa supaya rezeki mencurah-curah. Sebenarnya hidup saya sempit banyak hutang. Tak pernah cukup..kerja sendiri. Berniaga sikit-sikit… muka dia beru-bah. Dah lama bun-tu. Tak pernah cerita dengan sesiapa..

Saya tanya dia..ada mak ayah lagi tak?

Dah takde ustaz…

Selalu tak doakan mereka. Ziarah ku-bur mereka. Sedekah amalan buat mereka..

Abang ada berapa orang anak. Ada 3 ustaz. Sayangi isteri. Masuk rumah beri salam. Peluk keluarga. Itulah kuncinya. Doa isteri dan anak-anak abang penting. Allah yang bagi rezeki. Dia punya semuanya…

Dia terus kata. Tu ler ustaz. Saya ba-ran pada isteri dan anak-anak. Penyakit tu tak boleh buang lagi.

Betul abang. Penya-kit kita tetapi kenapa nak sa-kitkan isteri dan anak-anak.. Itulah sebab utamanya abang. Walau isteri dan anak kita tak balas panas ba-ran kita. Mereka sabar. Tapi Allah maha melihat. Dia bagi rezeki pun sentiasa sayang kita. Allah bagi amanah isteri anak anak. Supaya kita jaga mereka. Jangan sa-kiti mereka. Jangan jadikan mereka orang diza-limi. Doa mereka makbul. Doa ahli keluarga kita. Mungkin dia tak bantu berniaga. Tak bagi duit pada kita. Tak bagi idea. Tetapi doa mereka ajaib. Doa isteri dan anak-anak kita..

Ramai orang baik, rajin, tapi selalu sakitkan isteri dan anak-anak. Hari-hari kata anak bo-doh, tak guna, de-gil…akhirnya semua doa itu kembali pada diri kita sendiri. Keluarga maksudnya bahagia, tempat perlindungan, cinta, hormat, tanggungjawab, jujur….jika rumahtangga jadi tempat marah, ma-ki ha-mun, menya-kiti…apa lagi yang tinggal..

Belajarlah sayangi mereka. Abang tunggulah. Tengoklah bagaimana rezeki abang lepas ni. Janji Allah rezeki dalam silaturrahim, solat, dan rajin berusaha…- ebit lew

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

 

Related articles