Kunci Pintu Rezeki Yang Tidak Disangka Dan Penawar Segala Kesulitan

Ramai dalam kalangan kita yang menyangka rezeki, kejayaan yang diperolehi, yang di miliki adalah usaha dan kepintaran dari diri sendiri. Lantaran rezeki dan kejayaan yang diperolehi itu, ramai yang alpa bahawa semuanya itu hanyalah datang daripada Allah – عَزَّ وَ جَلَّ -, maka ramai yang meninggalkan amalan-amalan yang diajurkan di dalam agama (sunnah Baginda – صلى الله عليه وسلم – )

Dalam satu hadis yang di riwayatkan oleh Abu Daud   – رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ‎ -, Nabi – صلى الله عليه وسلم – ajarkan kepada kita satu amalan yang menjadi kunci kepada pintu rezeki yang tidak disangka dan penawar segala kesulitan.

Kunci Pintu Rezeki Yang Tidak Disangka & Penawar Segala Kesulitan

Daripada Ibn Abbas- رضي الله عنه -, bahawa Nabi – صلى الله عليه وسلم – bersabda:

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah – سُـبْـحَـانَ ٱلله – menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”. [Riwayat Abu Daud (1518)]

Perlunya kita untuk melazimi istighfar, masa kita senang, masa kita ada ruang, siang mahupun malam, atau pun bila bila ada masanya terluang. Dengan istighfar, Nabi – صلى الله عليه وسلم – menjamin bahawa Allah – عَزَّ وَ جَلَّ – akan 

  • Menjadikan kesukaran yang kita ada kepada kelapangan (maksunya jika seseorang itu ada ujian atau musibah, Allah – عَزَّ وَ جَلَّ – akan lapangkan baginya)
  • Kemudian Allah – عَزَّ وَ جَلَّ – akan meluaskan, memberikan jalan keluar diatas kesempitan yang dilalui
  • Dan InsyaAllah, jika seseorang itu ada hutang, Allah – عَزَّ وَ جَلَّ – akan bantu untuk melunaskan hutangnya, dan apa apa musi-bah.
  • kemudian- وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ -, Allah – عَزَّ وَ جَلَّ – akan mengurniakan dia rezeki yang tidak disangka sangka sebab kebanyakkan rezeki kita dah boleh sangka. Kita dah agak gaji kita setiap bulan dan itulah kita rasa rezeki kita. Tetapi bila Allah – عَزَّ وَ جَلَّ – kurniakan kepada kita, itulah antara kegembiraan dalam hidup kita.

Maka, istighfar sangat penting kerana padanya terdapat banyak kelebihan. Selain itu juga, kita sebagai seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah melazimi istighfar di dalam kehidupan seharian kita. Akhirnya, semoga Allah – سُـبْـحَـانَ ٱلله – menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga. Amin.

والله أعلم

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Diolah daripada sedutan tazkirah Ustaz Kamilin

 

 

 

 

Related articles