Kucing atau si bulus ini memang tidak dapat diramal tingkah lakunya. Ada sahaja perkara-perkara di luar jangkaan dan telatahnya yang mengejutkan serta menghiburkan orang ramai. Inilah yang terjadi apabila gelagat seekor kucing ini yang dijumpai secara senyap-senyap turut menaiki sebuah bot baru-baru ini.
Namun apa yang lebih melucukan ialah apabila melihat reaksi muka kucing tersebut yang kelihatan seperti menyesal dengan sesesalnya kerana menaiki bot itu secara senyap-senyap. Malah reaksinya selepas berada di dalam bot itu turut membuatkan rata-rata netizen berdekah melihatnya.
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video memberitahu bahawa dia tidak sedar akan kehadiran dan bagaimana kucing tersebut boleh menaiki bot mereka itu. Kejadian ini juga hanya disedari selepas mereka berada di tengah-tengah laut dan sudah tidak mungkin akan berpatah balik semula.
Lebih mencuit hati, kucing itu hanya kekal duduk diam sahaja di situ dengan reaksi wajahnya yang sedih. Mungkin juga kucing itu sedang merenung mengenang berasa menyesal dia dengan tindakannya menaiki bot itu semasa di jeti.
Sewaktu ditegur oleh lelaki itu juga, kucing itu hanya memandangnya dengan raut wajah yang sedih dan tidak bergerak dari tempatnya. Ada juga yang menganggap mungkin kucing itu berasa mabuk laut selepas menaiki bot itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat selamba kucing ini. Ada juga netizen yang berseloroh pastinya kucing itu menyesal dengan apa yang berlaku dan tidak akan melakukannya lagi pada masa hadapan.
KESIANNYA.. MUNGKIN MABUK LAUT MEOW TU
INGATKAN ORANG JE MABUK LAUT, KUCING PUN ADOO
DAH TAU MABUK LAUT, NAK IKUT JUGA.. INGAT SENANG KA CARI LAUK UNTUK KO?
AWAK INGAT SENANG KE ORANG NAK TANGKAP IKAN
DIA NAK CARI PENGALAMAN TU, SEPATUTNYA OTAI-OTAI KENA TUNJUK AJAR SIKIT
CIANNYA DIA, TAKPE JADIKAN PENGALAMAN YE, BOLEH CERITA KAT ANAK CUCU NANTI
VIDEO
Anda boleh tonton disini >>> Nak sangat ikut, nasiblaa cinggg
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Video : OnViral Production, Infokini