Ya allah, baru sahaja sebentar tadi kami bertemu dengan beliau Tuan Guru Baba Yahya di masjid Darul Ulum, Rupanya itu adalah pertemuan terakhir kami dengan beliau Tuan Guru Baba yahya .
Subhanallah, Betapa Tawadhuknya Beliau saat menyambut kami, Orangnya Redup dan wajahnya Bercahaya sewaktu kami duduk berbual bersama beliau.
Beliau orang yang sangat baik dan lemah lembut dan sangat merendah diri saat kami meminta beliau ijazahkan kami sanad Ilmu. Sedangkan beliau mengaji di mekah selama 27 tahun subhanallah .
Saya berkata langsung kepada beliau, wajahnya sangat mirip dengan Ayahanda saya Syeikh abdurahim , wajahnya bercahaya seperti bulan .
Sewaktu kami berkata,inshallah kami akan ziarah lagi pada beliau , dan beliau tuan guru baba yahya menjawab ,
“KITA BERJUMPA DI SYURGA ” .
Dan benarlah, beliau malam ini ,telah pun menīnggalkan kita semua untuk bertemu dengan kekasihnya Allah سبحانه و تعالى dan Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Sebenarnya, Tidak ada di dalam jadual kami untuk berziarah kepada beliau Tuan Guru Baba Yahya, jadual kami yang sebenarnya adalah untuk berziarah kepada dua ulama iaitu, Tuan Guru Syeikh Zainul Asri dan Tuan Guru Nazrul Nasir, tetapi subhana allah ,dua dua ulama’ ini kami tidak jadi berziarah kerana salah seorang daripada mereka pergi ke Kuala Lumpur dan salāh seorang lagi sedang tak berapa sīhat,
lalu , Kami bertanya kepada Tuan Guru Aminuddin kepada siapa yang kami boleh berziarah, Tuan Guru Aminuddin pun mengaturkan ziarah kami kepada Tuan Guru Baba Yahya. Dan alhamdulillah kami pun langsung ke sana. Tetapi rupanya apa yang terjadi ini semuanya adalah takdir Allah سبحانه و تعالى, Allah سبحانه و تعالى mengaturkan untuk kami agar detik detik terakhir beliau, kami dapat ziarah dan meminta doa dari mereka, Allah menginginkan kami untuk berziarah kepada kekasihnya buat kali terakhir .
Dan sebelum waktu kami pulang, hanya tinggal Tuan Guru Baba Yahya bersendirian di dalam masjid, dan saya melihat sendiri apa yang tuan guru lakukan, ia berdiri dan melihat seolah olah ada seseorang di hadapan beliau dan segala yang ada di dalam masjid itu dan lalu dia pun duduk seperti duduk Tawaru’ ya’ni duduk seperti tahiyat akhir dan melihat kepada sekiling dan seolah olah macam ada sesuatu yang berada di sekitar beliau. Dan ketika itu hanya ada beliau bersendirian dan saya menyaksikan itu sendiri.
Moga moga Allah سبحانه و تعالى mengangkat derajat beliau di syurga, dikumpulkan bersama para Aulia’ dan Solihin serta bersama Baginda Nabi Besar Muhammad صلى الله عليه وسلم
Alfatihah kita hadiahkan Buat Allahyarham Tuan Guru Baba Yahya .
انا لله وانا اليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافيه واعفو عنه وأدخله الجنة الفردوس الأعلى بغير حساب
Selamat berehat buat Almarhum TUAN GURU HAJI YAHYA (Baba Ya) di negeri abadi
Selesai sudah urusan Baba di dunīa, moga kita kembali bertemu disyurgaNya. Teringat antara kata-kata terakhir Almarhum Baba kepada rombongan SYEIKH MAHMOUD WASOBI semalam
“Kita jumpa di Syurga insyaAllah”
Hīlangnya sebutir mutiara yang sangat bernilai
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : محمود الوصابي – Mahmoud Al Wosabi