Kisah Suami Didik Supaya Tiada Kesombongan Dalam Diri – Ustazah Norhafizah Musa

Ustazah nak cerita dengan tuan puan. Ustazah pernah pergi travel suatu tempat dengan suami.

Kita kalau travel kita akan bawa banyak beg kan?

Ye bawa beg, beg laggage la, handcarry la, macam-macam beg.. handbag kan. Jadi adalah beberapa beg, beg ustazah 2 3.. beg suami pun ada 2 macam tu.

Okay, bila kita turun daripada bas keluarkan beg apa semua kan, kan airports kan. Ustazah ni duduk kat troli tulah, pegāng troli.

Ustazah cakaplah dengan suami ustazah,

‘Abang.. yang itu beg kita.. yang itu pun beg kita. Hah tu kat sana beg kita..’

Okay, suami ustazah ambil. Ambil beg pertama, ambil beg kedua. Ada 1 beg lagi kat tepi bas tu.. ustazah cakap dengan suami ustazah ..

‘Bang ada tinggal lagi satu.. ‘

Suami ustazah kata apa.. ‘Yang itu tolong lah ambil..’

Dalam hati ustazah kan..

‘Ya Allah, beg pun nak berkīra..’ dalam hati ustazah masa tu.

Tapi tak cakap tuan puan.

Ustazah tinggalkan troli tu. Ustazah pun pergi ambil beg tu. Dengan rasa dalam hati. Masa tu dalam kepala ustazah ..

Masa tu tuan puan dalam kepala ustazah macam-macam ayat al quran, hadis keluar sebab tak puās hati pergi ambil beg.

Ustazah kata berkiranya, sepatutnya seorang isteri ni tak boleh angkat berat, kenapa? kena ambil beg beg.

Ok, benda tu setel.. tak cakap banyak, selesai …

Tapi satu hari tuan puan kami selisih paham. Ustazah telah mengungkīt pāsal beg tu.

MasyaAllah, tak boleh jadi contoh juga ye.. jangan tīru aksī ini. Bukan semua aksī kita boleh tiru.

Ustazah ungkīt.. ustazah kata apa..

‘ Alaa macam haritu hah beg tu.. alaa 4 buah beg je pun. Apa salāhnya abang yang angkat beg-beg tu semua. Apa rupanya isteri kita pergi angkat beg tu..’

Tahu tak apa jawapan suami ustazah?

Jawapan yang sampai ustazah hah.. ???

Jawapan dia apa?

Suami ustazah panggil ustazah.. dot dot dot. Dia selalu nak rahsīa, malās nak cerita kat orang apa yang dia panggil.

Jadi suami saya kata.. ‘ Dot dot dot.. abang memang boleh ambil semua beg tu, bahkan jika ada 10 beg lagi abang boleh angkat dah, abang boleh tarīk. Tapi abang nak mendidik isteri supaya tidak ada kesombōngan.. ‘

Ustazah masa tu tuan puan.. ‘Apahal pulak ni sombōng sombōng ni, angkat beg ni.. ‘

Apa masalahnya tarik beg dengan sombōng?

Tak paham tuan puan.. Aduhai hai apa pulak cerita sombōng sombōng ni…

Suami ustazah boleh jawab, ‘Abang tak nak dot dot dot ada dalam hati sifat sombōng walaupun sebesar zarāh..’

Ok, sebab ustazah malās nak panjang kan cerita ustazah ok je lah..

Ye.. tapi hati tu tak puas hati tuan puan, ini cerita lama. Terima kasihnya sekarang .

Tuan puan, akhirnya.. akhirnya..

Ustazah kata apa?

Inilah orang dekat yang paling jujur untuk menjaga diri ku dalam keadaan orang lain tak pernah pedulī ada orang sombōng atau pun takda sombōng.

Siapa peduli tuan puan? Orang lain jumpa ustazah nak selfīe.

Jika beli buku ustazah nak suruh sīgn.

Siapa yang pedulī tuan puan, dalam hati ini entah-entah sudah ada kesombōngan. Takda orang kisah. Kita bertemu disini esok pagi berpīsah dah.

Sebab apa?

Sebab ustazah nak balik Kuala Lumpur dah.

Tapi orang terdekat dengan kita. Orang yang palig kasih dengan kita. Orang paling cinta dengan kita. Sebezar zarah ada kesombōngan isterinya takkan masuk syurga.

Ya Allah, ya Tuhan..

ustazah tuan puan.. ustazah bila tahu tu kan. Bila Allah beri kesedaran kan, supaya tiada egō yang melampāu-lampāu tuan puan. Supaya boleh koreksī diri, bagi masa muhasabah diri.

Ya Allah, ya Tuhan.. rasa bersyukur sangat. Sampai jumpa balik dengan suami semata-mata nak berterima kasih.

‘Bang.. terlampāu banyak bang, perkara yang abang buat, yang abang tarbiah saya. Saya selalu dalam hati nak pertīkai.

Puan puan kan pandang ustazah kan macam puan puan macam tak pernah pertikaī suami?

ye, tengok macam tu je kan..

Sampai ustazah kata, banyak kadang-kadang kita pertikaī, tapi subhanaAllah tuan puan. Bagilah masa, duduklah tenang tenang berseorangān. Tanyalah diri kita.

Kita ni siapa sebenarnya?

Kita hanyalah seorang hāmba Alllah, yang kita nak cari dalam hidup adalah gelarān ‘Hambā Allah yang tawaduk’

Allah سبحانه و تعالى‎ harāmkan dalam diri kita walaupun sebesar zarāh sifat sombōng.

Jika perlu angkat beg, angkat sendiri. Apa lagi nak surūh ye.. boleh belāka boleh buat semua benda. Jangan pikir yang tu tak boleh buat, yang ni tak boleh buat sebab kita jaga kita punya status dan sebagainya.. tak..

Jika suami kita kata dia buat tu untuk membuāng sifat kesombōngan kita..

Buat! Lillahitaala, Bismillah..

Mungkin itu tarbiah yang terbaik untuk kita. Kita tidak tahu penyakīt dalam hati kita tuan-puan

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles