Al-Hafiz al-Sakhawi (831H – 902H/1427M – 1497M) menyebut dalam kitab beliau yang berjudul القول البديع في الصلاة على الحبيب الشفيع :
Diceritakan ada seorang wanita datang kepada al-Hasan al-Basri lalu berkata, “Tuan guru, anak perempuan saya telah mening-gƋl dunia. Saya hendak bermimpikan dia.”
Kata al-Hasan al-Basri, “Puan sembahyang empat (4) rakaat. Dalam setiap rakaat, puan baca Surah al-Fatihah sekali dan Surah al-Takasur sekali. Sembahyang itu dibuat selepas sembahyang Isyak. Kemudian puan baringlah dan berselawat sampai puan terlelap.”
Wanita itu pun melakukan apa yang diajarkan oleh al-Hasan. Lantas beliau bermimpi melihat anak perempuannya sedang diaz4b dengan memakai pakaian yang diperbuat daripada tar, kedua-dua tangannya dibeleng-gu dan kedua-kedua kakinya diran-tai dengan ran-tai besi ber-api. Wanita itu tersedar daripada tidurnya. Kemudian beliau datang kepada al-Hasan al-Basri untuk menceritakan mimpinya itu. Lalu al-Hasan berkata, “Puan keluarkanlah sedekah. Mudah-mudahan Allah mengam-punkan anak puan itu.”
Pada malam itu, ketika tidur, al-Hasan bermimpi melihat seakan-akan beliau berada di salah sebuah taman syurga. Di taman itu, beliau melihat sebuah katil yang tinggi. Di atas katil itu ada seorang ga-dis yang sangat jelita memakai mahkota cahaya.
Gadis itu berkata, “Hasan, adakah kamu kenal saya?”
“Tidak,” jawab al-Hasan.
Gadis itu berkata, “Saya anak kepada wanita yang kamu nasihatkan supaya berselawat itu.”
Al-Hasan membalas, “Tapi ibu kamu menceritakan keadaan kamu yang bukan seperti ini.”
Gadis itu membalas, “Apa yang ibu saya cerita itu betul.”
“Bagaimana kamu boleh dapat kedudukan ini?” tanya al-Hasan.
Gadis itu menjawab, “Kami seramai 70,000 orang sedang dis3k-sa seperti apa yang ibu saya ceritakan kepada kamu. Tiba-tiba ada seorang lelaki salih lalu di kawasan perku-buran kami. Lelaki itu berselawat sekali dan menghadiahkan pahala selawat itu kepada kami. Allah menerima pahala selawat itu lalu Dia membebaskan kami semua daripada s3k-saan dengan berkat lelaki salih itu. Inilah bahagian saya yang kamu lihat sekarang.”
Imam al-Qurtubi (m. 671H) ada menyebut kisah ini dalam kitab beliau yang berjudul ( التذكرة بأحوال الموتى وأمور الأخرة ) dengan lafaz yang sedikit berbeza pada bilangan orang yang dis3k-sa, iaitu 560 orang.
#TAMBAHAN – Faedah-Faedah Selawat Kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وعلى اله وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وعلى أهل بيته
Sebahagian faedah-faedah selawat kepada baginda Nabi صلى الله عليه وعلى اله وسلم seperti yang dinyatakan di dalam kitab:
افضل الصلوات على سيد السادات للإمام يوسف النبهاني رحمه الله
#1 – Ia adalah tanda seseorang itu Ahli Sunnah Wal Jamaah
#2 – Menyucikan diri sifat mun4fik
#3 – Dapat memenangkan ke atas mu-suh
#4 – Mendapat kasih sayang orang mukmin, seseorang tidak akan memben-cinya melainkan mun4fik yang jelas sifat mun4fiknya
#5 – Diampunkan dosanya
#6 – Dapat melintasi titian sirath seperti kilat yang menyam-bar
#7 – Melihat kedudukan yang didekatkannya dengan syurga
Dan lain-lain
Banyak sungguh. Kelebihan terbesar ialah MENDAPAT REDHA ALLAH, RAHMATNYA DAN AMAN DARI KEMUR-KAANNYA
Juga ada disebutkan kelebihannya ialah Mendapat Banyak Bidadari dalam syurga.
Tetapi bukan selawat kerana semata-mata inginkan perkara ini, tetapi sebagai tanda kasih dan cintanya kepada baginda Nabi صلى الله عليه وعلى اله وسلم. Itu hanya anugerah lain yang diberikan
Sesuatu tempat, masyarakat dan negara akan menjadi mulia dan hebat apabila banyaknya orang yang berselawat ke atas Sayyiduna Rasulullah
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
Berselawat lah dan sedekahkan pahalanya kepada orang yang kita sayang
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Rujukan:
1. Kitab القول البديع, halaman 136, terbitan Dar al-Rayyan li al-Turath.
2. Kitab التذكرة, halaman 280, terbitan Maktabah Darul Minhaj, Riyadh.
Sumber : Danial Farhan Dolmat, Muhd Shahir
Disediakan oleh : abunur@viralmalaysiaku