Ini adalah makam seorang wanita. Dia ada salah seorang wali Allah dan namanya harus kita kenali dan teladani – terutama sekali muslimah-muslimah pada zaman kini.

Apabila Rabi’atul Adawiyyah dilahirkan, ibubapanya teramat miskin sehingga mereka tidak mempunyai wang pun untuk membeli minyak yang menyalakan lampu mereka. Ibu Rabi’atul Adawiyyah meminta agar suaminya ke rumah jiran untuk mendapatkan sedikit wang bagi membeli barang-barang keperluan untuk anak perempuan mereka yang baru dilahirkan. Akan tetapi, ayahnya telah berazam untuk meminta pertolongan dari Allah sahaja. Maka, dia pun merayu kepada Allah.
Pada malam itu, Rasulullah ﷺ datang kepadanya di dalam mimpi dan memberitahunya bahawa anak perempuannya adalah seorang yang disayangi Allah dan dia akan memimpin ramai ke Islam. Kemudian, Rasulullah ﷺ menyuruh ayahnya untuk mempersembahkan surat kepada penguasa Basra, Iraq, yang mencatatkan bahawa dia telah lupa untuk membaca sebuah awrad pada satu malam, dan dia harus memberi 400 dirham kepadanya.
Penguasa itu sangat gembira kerana telah disebut oleh Rasulullah ﷺ lalu dia mentaati perintah Rasulullah ﷺ dengan hati yang girang.
Maka, sejak kelahirannya, Rabi’atul Adawiyyah membawa berkat kepada mereka di kelilingnya.
Dia menatap di sebuah padang pasir dan dia hidup berasingan dari sesiapapun. Dia mencapai tahap iman yang tinggi dan dia akan berkata
“Yaa Rabb, jika aku menyembahMu kerana aku takutkan neraka, maka bakarkanlah aku dalam neraka; jika aku menyembahMu kerana aku inginkan Syurga, kecualikan aku dari Syurga; tetapi jika aku menyembahMu untuk Kamu sahaja, maka janganlah Kamu menafikanku KeagunganMu yang abadi.”
Apabila dia sudah melanjut usia, Rabi’atul Adawiyyah berhijrah ke Palestin, di mana dia mempunyai rumah di atas Gunung Zaitun. Setiap hari, dia akan berjalan kaki ke Al-Aqsa untuk mengajar dan beribadah. Dia tidak bernikah dan tidak mempunyai seorang anak pun dan dia menjalankan hidup yang sederhana. Dia hanya ingin bersama Kekasihnya dan menyembahNya tanpa mengharapkan sesuatu.
Dia telah menyerahkan hidupnya dengan sepenuhnya kepada Allah dan dia sedar dia hanyalah hambaNya. Dia tidak meninggalkan sebarang tulisan, tetapi ramai ulama yang hebat telah memperolehi manfaat dari ilmunya dan salah seorang dari mereka adalah Imam Shafi’i.
Kisah Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah Di Lamar Oleh Khalifah
Sheikhna Sidi Yusuf alHasani meriwayatkan, suatu kisah yang melambangkan cinta suci seorang wanita terhadap Tuhannya yang Esa, yang tidak dapat ditandingi oleh kita semua, iaitu Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah.
Setelah nama Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah telahpun menjadi terkenal sebagai seorang yang solehah dan ‘arif billah melalui perkataan dan tingkah lakunya, menjadikan beliau diidamkan oleh kebanyakkan manusia daripada kalangan ‘arif billah dan ulama’, termasuk juga khalifah pada waktu itu. Tidak hairan juga, kerana beliau masih belum dimiliki, bahkan mempunyai wajah yang amat cantik yang akan memukau sesiapa yang melihat wajahnya itu.
Pada suatu hari, khalifah tersebut meminta guru kepada Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah, iaitu Imam Sufyan ar-Ra’iy, untuk melamar Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah bagi pihaknya. Maka, Imam Sufyan ar-Ra’iy pun berjumpa dengan beliau, lalu mengatakan hasrat khalifah tersebut serta menyampaikan pesanan yang berupa pujian. Lalu, dengan kebijaksanaan beliau, beliau pun berkata, “Baiklah, bawalah khalifah itu untuk berjumpa denganku”
Imam Sufyan ar-Ra’iy menyampaikan pesanan beliau kepada khalifah, lalu pada keesokan harinya, khalifah tersebut pergi kepada Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah dengan membawa pengiring yang ramai dan setiap seorang membawa sedulang emas dan harta yang amat bernilai.
Setelah rombongan itu sampai kepada tempat pertemuan, khalifah tersebut menegur Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah lalu menunjukkan kepada beliau segala harta yang telah dibawanya untuk diberi kepada beliau, dan menyatakan hasratnya untuk menjadikan beliau sebagai isteri.
Maka, Sayidatina Rab’atul ‘Adawiyyah pun bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu mencintai aku?”. Jawab khalifah tersebut, “Aku mencintai kamu kerana kesolehahan kamu, akhlaq kamu, budi pekerti kamu”. Khalifah itu melontarkan pelbagai kata pujian kepada beliau demi memikat hati beliau untuk dijadikan isteri.
Tetapi Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah berkata, “Kalau demikian itu sebab kamu mencintai aku dan ingin menjadikan aku isterimu, aku boleh tunjukkan kamu seseorang yang lebih solehah, yang lebih berakhlaq daripada aku”.
Khalifah itu pun bertanya, “Apakah ada orang yang lebih lagi daripada kamu?”.
Jawab Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah, “Ada, kakak aku”.
Khalifah tersebut bertanya dengan penuh ingin tahu, “Dimana kakak kamu?”.
Jawab beliau, “Kakak aku dah lama berada di belakang kamu”.
Maka, khalifah terus berpaling ke belakang tetapi tidak mendapati kakak Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah di belakangnya.
Lalu, Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah pun berkata,
“Bagaimana kamu boleh berkata kamu mencintai aku, sedangkan kamu mudah sahaja memandang kepada wanita lain walaupun wanita tersebut tidak wujud di belakang kamu. Kata-kata cinta kamu itu semuanya adalah hanya dusta, dan eloklah kalian semua pulang dan membiarkan kehidupan aku”.
Setelah itu, Sheikhna Sidi Yusuf al-Hasani berkata,
“Orang yang sibuk, tidak lagi akan disibukkan”. Iaitu, orang yang telah sibuk hatinya dengan Allah, tidak lagi akan memandang kepada selainNya, apatah lagi untuk sibuk dengan selainNya. Maqam yang dicapai oleh Sayidatina Rabi’atul ‘Adawiyyah, tidak pernah tercapai kebanyakkan ‘arif billah. Cintanya kepada Allah itu, adalah cinta kepada zat Allah.
Sedangkan cinta kita kepada Allah, hanya diatas sebab Allah yang mengurniakan rezeki, tapi bila ditimpa musibah, kita pula bertindak seolah-olah “tuan” dengan memberon’tak kepadaNya yang menurunkan musibah kepada kita sebagai ujian. Apakah demikian ini dinamakan cinta?..ataupun kita tidak tahu menilai apakah itu cinta sebenarnya kepada Allah.
Semoga Allah golongkan para wanita semua dalam golongan yang cintanya sampai kepada Allah . Inshaallah !
والله أعلمُ
Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Shaykh Imran Angullia & Tieha Tas