Kisah Pemuda Jahat Yang Memasuki Syurga & Doa Agar Diberi Kesempatan Bertaubat Sebelum Mati

Dikisahkan ada satu orang pemuda yang mana pemuda ini terkenal dengan keja(hat)tannya, ja(hat)sungguh-sungguh, bukan lawak-lawak (bukan main-main) punya ja(hat). Orang pun kata pemuda ini jahat sebab dia ja(hat). Tiada seorang pun yang menyatakan dia orang soleh sebab dia ja(hat). Orang semua tahu yang pemuda ini memang terkenal dengan keja(hat)tannya.

Sampai la pada suatu hari, seperti yang ditakdirkan .. ma(ti)lah pemuda ini. Bila pemuda ini meninggal, maka Allah سبحانه و تعالى‎  ilhamkan, mimpikan kepada hamba-Nya yang soleh perihal pemuda jahat ini tadi didalam ku(bur).

Dimimpikan kepada hamba Allah سبحانه و تعالى‎ yang soleh ini perihal pemuda tersebut dimana  ku(bur) pemuda ini seluas mata memandang. Tidak hanya luas mata memandang, malah wangi, cantik, indah..

Maka hamba Allah سبحانه و تعالى‎ yang soleh ini pun bertanya kepada pemuda tersebut..

Apakah yang dilakukan olehnya sehingga Allah سبحانه و تعالى‎ mengurniakan nikmat sebegini rupa?

Pemuda yang sangat terkenal dengan kejahatan ketika hayatnya dibalas dengan kenikmatan di dalam alam kubur. Yang mana kebiasaannya ja(hat) dibalas ja(hat) dan baik dibalas dengan baik. Tapi berbeza dengan pemuda ini yang terkena dengan keja(hat)an dibalas dengan kebaikkan oleh Allah سبحانه و تعالى‎ dengan kenikmatan (ku-bur luas mata memandang, wangi, indah cantik)

Maka dijawab pemuda tersebut, ketika aku hendak nak ma(ti) aku sempat bertaubat kepada Allah سبحانه و تعالى‎

PENTINGANYA TAUBAT 

Ja(hat) macam mana pun kita harap dekat kita nak ma(ti) kita sempat bertaubat kepada Allah سبحانه و تعالى‎. Sempat bertaubat, memohon keampunan daripada Allah سبحانه و تعالى‎ . Penting sangat..

DOA AGAR DIBERI KESEMPATAN BERTAUBAT SEBELUM MA(TI)

اللهم ارْزُقْنَا قَبْلَ المَوْتِ تَوْبَةً، وَعِنْدَ المَوْتِ شَهَادَةً وَبَعْدَ المَوْتِ جَنَّةً وَنَعِيمًا

Allahummarzuqna qoblal mauti taubah, waindal mauti syahadah, wabakdal mauti jannatawwanaima

Maksudnya: “Ya Allah kurniakanlah aku sempat bertaubat sebelum ma-ti, dan dikurniakan syahid semasa ma-ti, dan dikurniakan syurga dan nikmatnya selepas ma-ti.”

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber/Video : Syeikh Muhd Zainul Asri – Official

Related articles